Tuesday 23 December 2008

::hey hey YOU!::

the urge to write stroke me again. finally. being idle for more than 2 weeks i guess. thank you to people who gave me an inspiration to write.

have you ever experienced of being condemned with association to something that is totally out of nowhere?

once? twice? few times?for me, many times.

"nama ja belajar overseas. ini pun x tau?"

"tahu lah bijak. budak overseas la katakan"

"belajar overseas, cara cakap tawau pun lupa"

how these made me feel? sux!

i mean, i did mistakes but why people made such a big issue of me being studying overseas? can you just relate my mistakes to something that is relevant like:

"oo bodohnya kamu ini."

"lain kali baca banyak-banyak artikel buka pemikiran tu sikit"

"praktis bahasa tawau kamu hari-hari supaya tidak lupa daratan"

these are better because i know, the problem is rooted in me, not because im an overseas student.

pardon my stupidity or mistakes. please do show me the right way if you don't mind. with that i'll learn. you are not taking me anywhere by condemning me.

and people, being here is not something that im proud of till i wanna show off and tell the whole wide world! like, there are thousands of overseas students out there. it's NOT something unusual.

overseas students are no better than other students. the only difference is, the place where we get the knowledge. i bet local students are better in terms of knowledge acquisition because they learn more than we us do.full stop.

buanglah kedangkalan itu jauh-jauh, lemparkan! nescaya kamu melihat dunia dengan lebih luas. dan jika kamu masih berdegil dan ingin terus mengutuk, silakan. kerana aku tahu apa yang aku lakukan.

yang puas kena condemned,
jamieY


Monday 8 December 2008

::selamat hari raya korban::

0730: bangkit dari pembaringan

0810: solat subuh. aku sayang dublin. subuh habis jam 820 am = extra sleep.

0830: bersiap-siap ke kelas. mengenakan baju kurung hitam bunga-bunga ungu dan tudung kelabu. bimbang Dr Hill akan memberi lecture. justeru, harus mengambil langkah berjaga2 dengan memakai warna yang suram agar tidak menarik perhatian beliau. bijak!

0900: catched the bus to beaumont hospital with syam kerana hujan. hujan lebat.

0915: tiba di hospital. hujan telah reda. terbazir euro 1.05 aku.

0920: book tempat duduk di barisan hadapan sekali. satu lagi trick supaya tidak menarik perhatian Dr Hill.

0925: sembahyang idul adha di surau beaumont. agak berbeza cara imam tersebut mengendalikan solat yang membuatkan aku tertanya-tanya ketika solat. ya kurang khusyuk. khutbah dalam bahasa arab. dapat tangkap beberapa perkataan sahaja. loser kerana tidak mendalami bahasa arab sebelum ini. kemudian khutbah dalam bahasa inggeris. nasib baik!

0940: menghadiri lecture HDS on ethical issue of genetics and public health policy. later in the afternoon, pathology of uterine and cervix. buat kesekian kalinya, tidur dalam lecture hall. bukan Dr Hill yang memberi lecture. esok. maka esok, baju hitam lagi.

1700: kelas tamat. berjalan ke tesco untuk membeli groceries.  

1800: tiba di rumah. merekodkan sejarah bila berada di rumah lebih awal dari hommies yang dua lagi.

ok that was my aidil adha went by today. nothing special. no burasak. no ayam lengkuas. no chicken overdose. no tumbuk. no tapai. no batang buruk. no kuih makmur. alhamdulillah i still got the chance to perform the celebration's morning routine: sunat idul adha. iAllah next year i'll be home and celebrate the merriment of eid with my loved ones ;)

burasak and ayam lengkuas: the most looked for during raya

called home yesterday. mom updated me on how my childhood best friend wedding prep is getting on. to maslianah mariali, congratulations! see, you are the first to get married among us. im happy for you. and byezura's wedding will be coming soon. very soon. sudah besar rupanya...


yang berhari raya di perantauan:
jamiey

Saturday 6 December 2008

::sweet like chocolate::

"u looked wonderful tonight"

"o thank you."

so everyone donned the best tux and the best dress that they have in the closet. or grabbed it from the nearest shopping mall to attend this so called "Chocolate Ball" brought to you by Carribean African Society. this annual glamorous night featuring "Passion for Fashion" in conjunction with the world's AIDS day was held to raise fund for AidAfrican Organisation, a charity body that is currently helping the African children that are suffering from AIDS.

the event started at 730pm, even-though it was scheduled at 630pm. haih sempat cair make up!


this was what i did while waiting for the reception to be opened hihi

first event was RED CARPET!


di kelilingi hawt boys :D


semerah permaidani yang terbentang ;)

then, we took our seats. we chose to sit in second row so we can have a better view of the models later. kerana itu adalah satu-satunya peluang untuk melihat rakan sekelas sendiri memperagakan baju beraneka fesyen tajaan dundrum, kami tidak ragu untuk berada di hadapan sekali. o maksud saya bukan VIP seating kerana seating-seating itu telah di conquer oleh perempuan-perempuan yang super kaya bertudung hitam berbau minyak atar dan memilki wardrobe ajaib yang menghasilkan baju, kasut dan handbag branded setiap hari.

second part of the event was my favourite. makan time! :D

so we helped ourselves with the luxurious chocolate fountain. u choose what u would like to have with the silky smooth flowing chocolate: cream puff (we finished one bowl of these!), strawberries ( reminded me of datuk's wifey), toffees, pineapples, or marshmallows. so our pre-emptied stomachs were full with chocolate that night. enough said, we were truly had chocolate in our veins instead of blood! ( ok im exaggerating)

too full with the chocolates and chocolates and chocolates, the cakes failed to seduce us. so we took out seat again after the MC announced that the event was about to begin.

ballet dance.
done.

sinead cronin singing my wish for christmas.
done.

then, the most awaited event: runway divas modeling the latest design of famous brands. fully sponsored by dundrum.

at first we were so excited commenting this and that and we just could not get enough of it. well, when tyra banks met the ANTM cronies, u can expect this :D

and when the male models came out, the audience started to scream hysterically. OMG!

"macam bangla" azmi said.
"handsome lagi bangla jual kain di tempatku!" i replied.
"bagus aku yang jadi model" si perasan said.

the boys failed to make us drool over em. lol. tapi ada yang saya ingin kongsi bersama kamu. sebaik sahaja model -model lelaki itu memperagakan pakaian mereka, kelihatan sekumpulan lelaki berdiri sambil bertepuk tangan. wah sungguh gembira dan bersemangat mereka. mungkin agak pelik kerana kami golongan perempuan tidaklah begitu tertarik dengan lelaki-lelaki itu. tidak tertarik langsung barangkali. adakah kami abnormal? maka, ketahuanlah mereka itu golongan MSM ( sila google selepas ini ya?)

in the end of the show, the guy with the most unique look, some claimed he's handsome ( sorry, i beg to differ) was announced as the winner. he got contract with first choice modeling agency. cool? yeah. it was cool. 

the event ended at 10.30 pm and i rushed to catch the 11.15 bus from eden quay. walking in the city centre along o'connel street (jauh ok?), with a bright red dress matched with blood red heels was enough to make me feel like diva! ok ok minus the one degree celsius coldness. next time, i should be wearing exposing heels like this so i can feel the coldness of dublin right on my bare skin again! what a good choice jamiey!

after all, it was a night to remember. thanks to jiah, sarah, safwan and all the girls who made the event even more wonderful. last but not least, my date for the night, azmi. semangat tek beli tie? lol. thank you!
merpati tiga sejoli as he said ( merpati ketiga ialah jiah's date) :p

still craving for chocolate,
jamiey

Tuesday 25 November 2008

::kebersendirian::

aku berjalan sendirian ke kelas pagi ini. tiba-tiba terdetik, aku ini jenis yang suka sendiri sebenarnya. punya pace jalan sendiri. punya masa untuk menikmati alam. punya masa untuk diri sendiri.

bukanlah itu bermaksud aku tidak suka berada di dalam kelompok rakan-rakan. i enjoy their company. i do. kebersamaan pun cantik, tetapi bergantung dengan siapakah kebersamaan itu di kongsi. 

ada perkara aku suka lakukan sendiri. contoh: shopping! sebab aku akan ambil masa yang lama (sangat lama untuk lebih tepat lagi) meneliti dan membandingkan kualiti, harga, etc. ya aku cerewet. keluar masuk tiga empat kedai pun belum tentu aku berhasil menemui apa yang aku cari, walaupun hanya sehelai t-shirt. jadi, peringatan kepada kawan2, sila jangan menjadi teman shopping aku! lagi satu, aku percaya bahawa setiap orang punya taste masing2. maka, bila shopping ramai2, di khuatiri clash of interest akan terjadi. aku ingin ke department itu, kamu ingin ke department ini. bila terjadi begini, mood shopping pun akan lari sedikit. salah siapa? salah aku sebab aku bukanlah jenis yang sabar menunggu.

satu lagi yang aku gemar lakukan sendiri ialah memasak. aku kekok bila aku sedang memasak, aku di perhatikan oleh sepasang mata lain. jika kamu rasa lauk itu TERmasin, salahkan orang yang menjenguk aku yang tengah masak :p. ingin menghulurkan bantuan dengan memotong sayur, cili, atau bawang? o sila pastikan kamu memotong dengan tertib kerana aku seorang yang perfectionist. pantang sekali lobak itu di potong tidak sama saiz. bawang putih tidak di hiris halus. ya aku sedar bahawa hakikatnya semua benda itu akan masuk ke dalam perut, di hadam dan menjadi faeces, tetapi itu pandangan kamu. i beg to differ. hasil kerja yang halus melambangkan etika kerja. secara peribadi juga, aku menggemari kerja yang teliti, maka sebelum aku mendapatkan dari orang lain, aku harus mempersembahkan terlebih dahulu. 

lagi satu, aku lebih suka bergerak ke mana2 yang memerlukan aku berurusan secara bersendirian. jika ada teman, alhamdulillah. tetapi, jika tiada, cukup sekadar ipod dan music aku menjadi teman. dari segi keselamatan, aku tidak risau. di bumi dublin ini, aku rasa jauh lebih selamat dari berada di tanah air sendiri. kadar jenayah yang semakin meningkat di dublin ini belum mampu melawan kadar jenayah 10 tahun lepas di tempat aku yang pastinya semakin meningkat saban tahun. 

namun, ada sesuatu yang aku suka lakukan bersama. seramai yang mungkin kalau boleh. iaitu MAKAN! pasti makanan menjadi lebih enak jika di nikmati bersama bak kata mak aku: makanan yang sedikit dan di rebut2 itulah yang lazat ;)

so jangan risau. bab makan, aku tidak makan sendiri2. sebab, adalah lebih baik makan bersama2, sambil menggemukkan diri bersama. ini dapat mengelakkan low self esteem kerana mempunyai lemak berlebihan kerana rakan-makan-dan-menggemukan-badan di sekeliling turut mempunyai lemak berlebihan. mungkin tidak sebanyak aku, tapi cukuplah untuk menyedapkan hati sendiri! dan yang paling penting, bila makan ramai2, bil makanan di patak2kan dan hasilnya: perut yang kenyang dengan harga yang murah kerana telah di bahagi 10 atau lebih :D

aku juga suka mengheret rakan aku untuk ke tutorial bersama. mengapa? sebab aku tidak mahu meningkatkan kebarangkalian aku untuk menjadi target tutor untuk bertanya soalan. bayangkan di dalam kelas, ada 10 orang. 5 orang berambut blonde. 2 orang bertudung. 3 lagi berambut hitam. jadi kebarangkalian aku untuk di tanya adalah sangat tinggi jika 3 si rambut hitam tidak hadir ataupun satu daripada perempuan bertudung ponteng. mengikut teori aku, tutor sangat suka kepada mereka2 yang ganjil. dalam fenomena di atas, dengan kewujudan seorang sahaja perempuan bertudung ie aku, lebih2 lagi berwarna ceria: kebarangkalian untuk aku di tanya ialah 1/3. bukan aku tidak suka menjawab soalan tetapi hakikatnya, aku jarang sekali mambuat persediaan yang mantap sebelum ke kelas. kadang2, tidak besedia langsung. jadi, sebelum aku memalukan diri sendiri, langkah berjaga2 ialah menggunakan matematik mudah mengira kebarangkalian :D

so kesimpulannya, jangan risau jika aku bergerak ke mana2 sendirian tetapi risaulah jika kamu tidak ajak aku makan bersama haha.

sedang menikmati kebersendiriannya,
jamieY

Friday 21 November 2008

::when pics speak louder than words::

credit to mior faiq mior abu tahrin for this beautiful pictures. made me wonder a while. it's something worth sharing so here we go...

even an animal knows how to love and protect. we are human, created with cognitive function hopefully can do better than this insyaAllah ;)






30:21 And He has put love [mawadda] and mercy between your [hearts]: Verily in that are Signs for those who reflect.


Thursday 20 November 2008

::the green bin::

satu pagi yang indah, aku mendapat hidayah untuk bangun awal. ya, sila baca betul-betul. aku bangun awal. sebelum sempat pak cik dublin city council membersihkan tong sampah di deretan rumah kami. kagum sekali!

bukan itu sahaja yang pelik pada hari itu. perkara kedua yang biasa aku lakukan selepas solat subuh ialah, menarik duvet dan belayar ke alam mimpi. tapi, tidak pada hari itu. aku turun ke dapur. perut juga tidak mendendangkan irama sumbang seperti selalu. biasanya, bangun pagi sahaja, pasti suda berkeroncong minta di isi. iramanya pasti lagi mencemarkan corong telinga apabila sudah berniat puasa di malam harinya. 

pasti kamu tertanya-tanya, apa yang aku lakukan selepas itu? memasak sarapan yang baunya mampu mengejutkan jiran yang sedang tidur? membancuh air teh susu yang mengeluarkan wap berkepul-kepul ke ruang udara? atau menyapu tesco white bread dengan peanut butter dan strawberry jam? semua itu tidak berlaku.

adakah itu bermaksud bahawa, makanan tidak lagi menjadi motivasi kepada aku untuk bangun? jika itu adalah benar, maka, selepas ini bolehlah menjadikan sampah sebagai motivasi utama untuk bangun setiap hari. dengan azam: harus bangun sebelum pak cik dublin city council tiba.

kerana apa yang lebih menarik perhatianku pada pagi itu ialah plastik sampah recycle di tepi peti ais. sudah penuh. lalu aku ikat dan heret ke luar rumah, masukkan dalam bin hijau lalu menolak bin itu ke tepi jalan raya. agar dapat di kosongkan oleh pak cik dublin city council kemudiannya. dapat di hantar ke pusat-pusat kitar semula dan mungkin dapat menjadi produk baru yang boleh di pasarkan?

oleh itu, mari beri tepukan gemuruh kepada jamiey kerana telah berjaya menyelamatkan dunia daripada longgokan sampah. menyelamatkan dunia dari global warming. menjimatkan kos penghasilan produk.

sebenarnya bukan itu perkara pokok yang ingin aku sampaikan. ada yang lebih penting yang terdetik di hatiku yang ingin aku turunkan ke jari jemari agar pantas menari-nari membentuk satu rangkap yang mampu merungkai apa yang terbuku di hati.

ceritanya berlaku ketika sedang menarik bin hijau itu keluar. di ufuk timur, matahari sedang memancarkan sinar jingga yang begitu cantik. udara segar masuk ke cerobong hidungku yang kurang mancung terasa menenangkan sekali. pokok-pokok hijau. ada juga pokok-pokok yang gondol daunnya kerana mematuhi peraturan musim. cantik. cantik sekali. nyanyian burung-burung. ah indahnya dublin!

namun, semua ini bakal di tinggalkan dua bulan lagi...yang paling berat untuk di tinggalkan ialah KAMU!

yang sedih kerana bakal meninggalkan dublin,
jamieY


Wednesday 19 November 2008

::lilits day::

conversation 1

kak F: lawanya. ada apa today?
us: thank you.o special day today. bday ****!
kak F: *giggle*

conversation 2: 

joyah: happy birthday **** (hugs)
****: thank you

alice: Happy birthday!!! (mari melakonkan trademark tangan alice!) :p kepada alice, sila jangan marah. main main ja bha ;) )

me: happy birthday ****! (hugs) see, we dressed up for you (batting eyelashes)
****: is it? bukan selalu ke you dress up? ( auw do u stalk me everyday? :p)

us: lol

me: no. we dressed up specially for you on your birthday (smiling)
joyah: yes. this is jamiey's tudung that im wearing
****: ya i know. this is so not you. but jamiey, yes! ( referring to the lip lap tudung. ya la, liplap is my thing ngee. but, wow, the stalking thingy is really good! sampai tahu what i like and what i dont)





amaran dari pemilik blog: nama dan watak-watak yang terdapat dalam cerita di atas adalah rekaan semata-mata. tiada yang berkaitan dengan yang masih hidup, yang masih ber'dress up' mahupun yang telah menemui tuhan. sila jangan ambil pusing ya ;)

yang perasan di stalk,
jamieY


Tuesday 11 November 2008

::superlicious extravaganza::


what does birthday mean to you?

a BIRTHDAY cake?
a BIRTHDAY card?
a BIRTHDAY prezzie?
a BIRTHDAY party?
BIRTHDAY wishes from loved ones?

for more than 15 years i was growing up in  surroundings where birthday meant i was another year older, so what was the big deal? everyone got older day by day and if i was lucky to live long enough, next year will be another birthday. only on that specific date, it brought remembrance to me that i was older, one year older to be specific so be grateful for the life that He still allowed me to live on.

no birthday cake, no birthday card, no birthday prezzie. no party. but few wishes from those who remembered. and that were enough to put the smiles on the face. 

"but few people that i met along the journey of life taught me more than that" 

It's the day to make the birthday girl to feel EXTRA special. even it means:

  • significant deficit in their savings! 
  • tawaf-ing city centre and grafton street to find the perfect prezzie, perfect card and perfect wrapper
  • sacrificing their precious time 
  • bringing the prezzies everywhere she goes from dawn to dusk 
  • suffering from shuffling gait because of sleep deprivation
  • commuting 2 hours journey just to get the cake
  • hiding like thieves in front of their own friends' house 
  • shivering in the cold night in winter just to give her a surprise
  • telling white lies that smell fishy lol
  • making all the way to her house in the night to have a party. i tell you, it's not a short distance.
  • forcing the eyelids to open wide to prepare sushi for her

alisa hanum: one of the masterminds who planned it all.
sarah, nazihah : partners in crime who also masterminded the bash

syamsiah, nazihah were the planners. siti fairudza was my birthday mate. they were too genius to make me and fai believed in them. 

fadhilah, indang jalilah: their task was to make sure i was home for the surprise

nurul hana, khairul annisah who prepared the sushi. THANK YOU GIRLS!

reading the verses of LOVE

12 bright pink roses all the way from UK ;)

the red dress that is envied by most! THANK YOU JIAH! this is absolutely gorgeous ;)


the glamorous clutch. THANK YOU SARAH! love it bling bling ;)

the super sexay red heels.THANK YOU ALISA! you know i have wanted this for so long!

my new baby OM. a treat for myself. THANK YOU to MARA ;)
this phone is definitely awesome 

a matching stylish bracelet. THANK YOU WADA! (kotak ja guess harap maklum)
 
divalicious bracelet to go with the dress, heels and clutch. THANK YOU SYAM!


 THANK YOU INDANG and HAN for this huggable fluffy Hootchie, for the second birthday surprise and for the chocolate banana cake! I know you girls will be missing me when i get back home for good ;p
 
jauh di mata dekat di hati. THANK YOU NARIMAH! i know how sick and busy you were but still managed to edit (delete wrinkles to be exact) and got this done. 


my dear beautiful girls,

that might be the last birthday that we celebrated together in Dublin. one of the greatest and memorable for me so far. it was not the luxurious, super expensive prezzies that overwhelmed me the most (surely they do, now i sound like a matre huh?) but all the effort and endless LOVE that was shown by itself through all the gestures and words that might be hard to be explained by any spoken language.

so,

i'll remember all the time that we spent together,
i'll remember all the laughter that we used to have,
i'll remember all the tears through downsides of life,
i'll remember all the patience of you girls adapting to my unpredictable behaviour,
i'll remember all the sacrifice made in the name of LOVE,
i'll remember all the tolerance in keeping things right

a super BIIIIIIIGGGGGGGG THANK YOU to alisa, jiah, sarah, syam, fai, indang, dilah, han, khairul annisah, hana, sheila and sheeda for the great night at our place.

asrih, kak fra, kak D, hana, mior, shml, thani, syahir, kurt, ba'ei and intan for the dinner and night out together!
 
for this beautiful friendship that we have, may remain till the end of time. cherish it because everyone of you is very dear to my heart and irreplaceable! 

for every wish from all over the world, every single word is counted! THANK YOU everyone. i do appreciate them. despite of your busy and hectic schedule, there was always time just to drop me a testimonial or write on my fb wall to say happy birthday. being remembered is a wonderful feeling ( and thank you to fb and fs birthday reminder! )

yang terasa di sayangi dan pastinya menyayangi,
jamieY



Monday 3 November 2008

::even dinosaurs had it!::

in one fine cold night, i flipped through the notes for tomorrow's lecture when i came across this:

Not confined to human, even dinosaurs had OA ( osteoarthritis)

won't forget this statement. forever.

Sunday 2 November 2008

::horsey riding::

Date:     1st november 2008
Venue:  Dublin
            Abbeyfield Farm, Co. Clane, Kildare

Time:   11.30 am - 8.00 pm

after one hour and a half of im-freezing-while-waiting-for-the-bus, we arrived in the farm, one hour drive from Dublin


indang feeding Finn. i did not give her tangible items for her birthday, instead i gave her memories. so please pretty, don't be amnesic or demented :D

the most dramatic picture of the bunch : jiah feeding Finn, apple was falling, extra concentrated saliva of his was dripping, and disgusted expression of jiah

me acting cool feeding Finn. total of apples given: countless :D

Finn asking for more apples. with one condition Finn, kiss me first! hihi
total time spent playing with the horses and DOGS : 1 hour


riding Hootch, the most macho horse among all 3. the boy in orange is Donald, a future horsie business man :D

auuww Hootch loves me. he was begging for me not to leave him :D

all 3 horses discussing who's the most cool rider :D
total time spent riding the horse, chit chatting and having fun : 1 hour

triplet date in ciao bella roma (means welcome roma beautiful girl ) *ehem2*
did i tell u that italian guys are handsome? 
total time spent "cuci mata-ing": 2 hours
total number of the waiter came to our table: 13 roughly lol
 
charlie's angels riding horses. perfect day, perfect fun with the perfect people! 
 note the horses, they are all camera shy haha


the pictures will be updated once i have collected all from my other two girlfriends. wait for more cham-whoring poses from us! lol


Sunday 26 October 2008

::blog award::



many thanks to my dear friend (hmmpfh) who was kindly nominated me for this award :D. thank you N. thank you for being my loyal tagger :p

so for the best part of being nominated is, to nominate the next 10 muahahaha

i would like to nominate:

1: YULE : please update your blog pretty? u know i have been waiting for a new post aite?

2: can i nominate the person that nominated me? o who cares btw aite? so narimah again! ( nah ambek mu! balas dendam :p )

3. narimah again. you know you are my favorite :p

4. for the third time: narimah again and again! lol

5. asrih : please don't post an emotional entry ok?

6. azhar : so you are busy as well heh? 

7. abg jhaz : love your blog. everything that you need to know before travelling :D

8. kak D : love the way you write. sempoi. keep that up :)

9. josepha : nice one girl! 

10. anyone! :D







:: superman wears push up bra?! ::

Your results:
You are Superman
























Superman
85%
Green Lantern
80%
Spider-Man
75%
Hulk
75%
Supergirl
72%
Wonder Woman
72%
Robin
60%
The Flash
60%
Catwoman
45%
Iron Man
45%
Batman
40%
You are mild-mannered, good,
strong and you love to help others.


Click here to take the "Which Superhero are you?" quiz...





Saturday 25 October 2008

::king of my heart::

telah ku kenali lelaki ini sejak pertama ku bisa menuturkan kata. dia telah berada di sisiku sejak dari itu, dan tidak pernah kedengaran keluhan mahupun tanda-tanda mengalah dalam dirinya. ya aku mngakuinya, dialah lelaki pertama yang begitu sabar pada mataku.

pernah ku lihat kelelakiannya tercabar. namun dia cool saja. dengan tenang, dia akan menjawab, "selagi dia tidak pengapakan orang kesayanganku, selagi itulah aku akan bersabar". darah ini yang meluap mendengarkan apa yang telah di perlakukan kepadanya. mungkin kerana tindakanku banyak berlandaskan emosi dan tuhan menciptakan lelaki dengan nature sebaliknya...

pernah jugak suatu masa dahulu, dia menerima tekanan terhebat dalam hidupnya. namun, dia tidak pernah mengalah. malah, itulah yang menjadikan dirinya semakin tabah barangkali. cukuplah sekadar kembali ke teratak buruk, air kopi susu terhidang sedia bersama jemput2 barangkali? itu sudah cukup untuk membunuh rasa penat lelah dan kekusutan yang berpundak menggunung di dalam  dada.

seawal 6 pagi akan di galas beg menuju ke tempat kerja. menghempas tulang empat kerat. bermandikan keringat. menyalurkan setiap kilojoule tenaga yang terkandung demi orang tersayang. dia takut dia tidak memberi kami secukupnya. aku telah melihat bagaimana hebatnya semangat dalam dirinya yang pada anggapanku, jika berlandaskan tenaga fizikalnya sahaja belum tentu bisa melaksanakan pekerjaan itu sehari- hari. namun, apa yang memberi impak terhadap tugas sehariannya ialah kami, orang tersayang. pukul 5 barulah dia berkemas-kemas untuk pulang. 

namun, tugasnya tidak terhenti di situ sahaja. kembali ke rumah, hatinya pasti girang jika di sambut dengan suara-suara puteri dan putera kecilnya yang sekarang pasti sudah semakin galak membantah perintahnya. mungkin, sudah pernah melukai hatinya.

ku kenali dirinya. dia bukan seorang yang akan berperi terhadap kesakitan yang di tanggung. seboleh-bolehnya, dia mahu menguburkan terus rasa sakit itu agar tidak kelihatan oleh kami. namun, jauh di sudut hatinya, aku bisa mengerti. kerana itulah, diriku sayang sama kamu. kamulah inspirasi aku atas nama mengejar impian. jika kamu bisa berhempas pulas 10 jam sehari dan mungkin lebih, mengapa tidak aku? sedangkan tugas aku jauh lebih mudah dari kamu. 

dan kamu, wahai ayahku, akan sentiasa bertakhta di hatiku...








::omnia::

my dear loyal readers * ehem2 *

mengapa aku abandon blog ini? kerana telah banyak aku melayari dan meneliti blog orang lain dan ternyata content my blog belum layak lagi untuk di publish lol. lagipun, jadual seharian ku sangatlah tidak mengizinkan untuk aku berlama-lama di sini. 1st thing comes first isn't it? because nothing is more important when it comes to having a good sleep :p

raya sudah berlalu. the best raya ever in dublin? maybe. i had all the raya ritual as what we used to have back in malaysia. burasak, ayam lengkuas on raya morning, then solat sunat raya and bermaaf-maafan session. and what this raya brought to me? a luck! 

i won two prizes during RCSI-ISOC eid dinner! 

never in my life that i am this lucky when it comes to "lucky draw". but, that night was truly mine. ipod and a voucher for two for horseriding session. how cool are that?

and open houses were almost every week. enough said, i'm gaining weight! so please pretty, don't ever blame me for this excessive fat that i have :p

i took a glance to the calendar this morning and it's 25th october. so october is ending huh? what does it mean? *hint*

someone is turning 21! few of my friends have started asking what they should get for me for my birthday prezzie. lol, dun bother guys. omnia would be a perfect gift! *hint again*

have been falling in love over and over again with this gadget since few months back. since it's early launching i would say ^^. could not care less? have a drooling session with me by clicking this lol

so boys and girls, you can start planning on how to get this for me from now! ^^





Tuesday 16 September 2008

::the FIVE::

Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk.

Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Makhluk yang berbuat baik sedikit kita puji habisan tapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan kita langsung tak ingat. Sebaik-baiknya elok dibasahi lidah kita dengan memuji Allah setiap ketika, bukan ucapan Al-hamdulillah hanya apabila sudah kekenyangan hingga sedawa. Pujian begini hanya di lidah saja tak menyelera hingga ke hati.

Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia. 

Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat. 1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang senteng fikiran sibuk memikirkan Wawasan Dunia (WD) hingga terlupa Wawasan Akhirat (WA). Manusia yang paling cerdik ialah mereka yang sibuk merancang Wawasan Akhiratnya. Saham Amanah Dunia (SAD) tak penting, tapi yang paling penting ialah Saham Amanah Akhirat (SAA) yang tak pernah rugi dan merudum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda. Oleh itu perbanyakkanlah menyebut-nyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhirat.

Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan. 

Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara tapi jarang memikirkan bekalan hidup semasa mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana dengan berbuat demikian kita akan menginsafi diri dan kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana. Perjalanan yang jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan yang amat banyak. Bekalan itu hendaklah dikumpulkan semasa hidup di dunia ini. Dunia ibarat kebun akhirat. Kalau tak usahakan kebun dunia ini masakan dapat mengutip hasilnya di akhirat? Dalam hubungan ini eloklah sikap Saidina Alli dicontohi. Meskipun sudah terjamin akan syurga, Saidina Ali masih mengeluh dengan hebat sekali tentang kurangnya amalan untuk dibawa ke akhirat yang jauh perjalanannya. Betapa pula dengan diri kita yang kerdil dan bergelumang dengan dosa?

Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga

Syaitan memang sentiasa hendak memerangkap diri kita dengan menyuruh atau membisikkan kepada diri kita supaya sentiasa mengingat atau menyebut-nyebut tentang kebaikan yang kita lakukan sama ada kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat amnya. Satu kebaikan yang kita buat, kita sebut-sebut selalu macam rasmi ayam 'bertelur sebiji riuh sekampung'. Kita terlupa bahawa dengan menyebut dan mengingat kebaikan kita itu sudah menimbulkan satu penyakit hati iaitu ujub. Penyakit ujub ini ibarat api dalam sekam boleh merosakkan pahala kebajikan yang kita buat. Lebih dahsyat lagi jika menimbulkan ria' atau bangga diri yang mana Allah telah memberi amaran sesiapa yang memakai sifatNya (ria') tidak akan mencium bau syurga. Ria' adalah satu unsur dari syirik (khafi). Oleh itu eloklah kita berhati-hati supaya menghindarkan diri daripada mengingat kebaikan diri kita kepada orang lain. Kita perlu sedar bahawa perbuatan buat baik yang ada pada diri kita itu sebenarnya datang dari Allah. Allah yang menyuruh kita buat baik. Jadi kita patut bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita orang baik, bukannya mendabik dada mengatakan kita orang baik. Kita terlupa kepda Allah yang mengurniakan kebaikan itu.

Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain.

Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut-nyebut kesalahan dan kekurangan orang lain. Kita terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa melihat keaiban dan kekurangan diri kita sendiri. Bak kata orang tua-tua 'kuman seberang lautan nampak, tapi gajah di depan mata tak kelihatan'. Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dengan cara itu kita dapat memperbaiki kekurangan diri kita. Menuding jari mengatakan orang lain tak betul sebenarnya memberikan isyarat bahawa diri kita sendiri tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang; satu jari arah ke orang itu tapi 4 lagi jari menuding ke arah diri kita. Bermakna bukan orang itu yang buruk, malahan diri kita lebih buruk daripadanya. Oleh sebab itu, biasakan diri kita melihat keburukan diri kita bukannya keburukan orang lain. Jangan menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kain kita koyak rabak. Dalam Islam ada digariskan sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan sesama manusia iaitu lihatlah satu kebaikan yang ada pada diri seseorang, meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya. Apabila melihat diri kita pula, lihatkan kejahatan yang ada pada diri kita walaupun kita pernah berbuat baik. Hanya dengan cara ini kita terselamat dari bisikan syaitan yang memang sentiasa mengatur perangkap untuk menjerumuskan kita ke dalam api neraka.
Demikian tazkirah minggu ini. Semoga 5 perkara yang disebutkan di atas dapat kita hayati dan diterapkan dalam kehidupan kita seharian. Sama-sama beroda semoga terselamat dari kemurkaan Allah semasa di dunia hingga ke akhirat. Amin... 

taken from here


Thursday 11 September 2008

::warkah buatmu indang::

potong kek ka potong kayu cik kak? bsggh bnr...

sept 11th, a date that well remembered by many people, including me, not because of the tragedy, but it's the day where two of my friends that are dear to my heart celebrate their birthdays :)

indang jalilah shahrol. moderately sized as me , KMB brought the two souls of us where we shared room F230 at first, then laughter, jokes, tears, struggle and most importantly, FOOD later! not to mention of me mnumpang kasih syg mak indang hehe.

as the saying goes, learn as u live...hidup d KMB dlm keadaan yg tidak terjangkau akal bg sstgh pihak , banyak mngajar seribu satu erti hidup dan bagaimana untuk survive [for me, KMB was just fine]...shez special dan dari insan inilah aku belajar sesuatu, yg hingga hari ini aku masih tekun mpelajarinya~

NILAI MBERI!

not to deny the difficulties to understand each other at first because obviously, we have different point of views on certain things. but what makes this fship special is that our acceptance towards each other [euw napa bunyi cm lesbian ja ni? im normal ok? and shez straight as well haha]

i remember when i had PMS and unintentionally scolded her. and that is the thing that i regret until today. im deeply sorry indang. u know how bad i can be wen 'it's here kan? but she is a matured person [ because two babies in a room wont make it]

and the funny thing abt us was that, after two years of being roomies, pple still can hardly differentiate us! pple used to call me indang and she had my name. and common questions that bombard us were:

"ni jamiey ke indang? kompius"
"indang mana satu?" 
"indang ke bdk sabah tu?"

i remember the incident when i arrived in dublin airport for the first time and after the immigration procedure, a girl from KMB called me "indang" from behind and she was upset because i din notice her. when we met, we talked.
..more or less like this:

"indang, x dgr eh kta pggl td?"
"huh? hahahahaha. kita jamie la...bukan indang. indang was my rumet"
"la ye ke slh org? ptt la pggl2 x lyn..sori2"

i think setakat itu sajalah yg aku share because it will b sweeter when it's only kept btw us. for this dearie rummie, i thank you 4 ur love and care for all this while. i am really grateful that u were born 22 years ago because today, i have a fren that surely i will treasure till the end of my life.

and for your special 22nd bday, wishing u a great and blessed years ahead! u know i love u, n u better say u do too! muahaha

small celebration 4 her

this year celebration for her bday was held in her apartment and again, terkantoi before smpt surprise kan dia..last year was d same. next time, can u plz act like u dunno anything sweetie? penat tau atur, last2 nda jadi surprise haha. neway, we had a great gathering that day...and the party and food were awesome [ceh sempat lg puji tukang masak iaitu N and me :p ]

this might be the last celebration 4 ur bday that we had together, so next year, please dun b sad when im not around to give u a hug on ur bday ok? hahahaha [sambil kesat air mata] may this fship grows old as we do without the sweetness fades away [ again, like us yg menten sweet :p ]

i *heart* her




Wednesday 10 September 2008

::vacation anyone?::

discover the new freshly launched holiday packages on www.percutianpangkor.com. the packages tailored with you in mind, without overlooking your budget and needs for a memorable vacation. unearth fantastic value for your money and have your vacation booked today!



lets have a sweet escape :D

please don't hesitate to contact the agent for further details and they will try to meet your requirement for your very own personalised vacation :)

(yes im promoting this site on behalf of a friend hihi)




Monday 8 September 2008

::pics speak louder than words::

1. the age you will be on your next birthday



2. Your first job


good eater, good daughter xD

3. Your dream job



4. Your bad habit(s)






5. Your current fav TV show(s)




6. Your worst fear


the hereafter~

7. The first name of your significant other/crush


8. The town u live in

tawau :)

dublin :)


9. your fav colour combination

lilac, pink, black, white


10. Your fav piece of clothing


11. Your all time current fav song

louis armstrong- what a wonderful world
des'ree - u gotta be

johnny nash- i can see clearly now


12. Your fav food
laksa penang slurrpp~

kue teow goreng yummy yum :)

gelati :)

irresistable :)

13. Your fav pet animal

grr..

aauuww so cute..


14. a place you'd like to travel to ( currently there are two places hihi)

carribean island :)



15. Your fav place(s)

where my heart belongs to :)

edinburgh, scotland...city of fairy tales :)

granada, spain...perfect city to live in :)

16. One thing you'd like to do before you die

bertaubat~


yeay now i have finished this, so i would like to tag:
1. yuleykus 
2. asrih
3. azmi
4. najlaa
5. sepa2 yg bminat :)