telah ku kenali lelaki ini sejak pertama ku bisa menuturkan kata. dia telah berada di sisiku sejak dari itu, dan tidak pernah kedengaran keluhan mahupun tanda-tanda mengalah dalam dirinya. ya aku mngakuinya, dialah lelaki pertama yang begitu sabar pada mataku.
pernah ku lihat kelelakiannya tercabar. namun dia cool saja. dengan tenang, dia akan menjawab, "selagi dia tidak pengapakan orang kesayanganku, selagi itulah aku akan bersabar". darah ini yang meluap mendengarkan apa yang telah di perlakukan kepadanya. mungkin kerana tindakanku banyak berlandaskan emosi dan tuhan menciptakan lelaki dengan nature sebaliknya...
pernah jugak suatu masa dahulu, dia menerima tekanan terhebat dalam hidupnya. namun, dia tidak pernah mengalah. malah, itulah yang menjadikan dirinya semakin tabah barangkali. cukuplah sekadar kembali ke teratak buruk, air kopi susu terhidang sedia bersama jemput2 barangkali? itu sudah cukup untuk membunuh rasa penat lelah dan kekusutan yang berpundak menggunung di dalam dada.
seawal 6 pagi akan di galas beg menuju ke tempat kerja. menghempas tulang empat kerat. bermandikan keringat. menyalurkan setiap kilojoule tenaga yang terkandung demi orang tersayang. dia takut dia tidak memberi kami secukupnya. aku telah melihat bagaimana hebatnya semangat dalam dirinya yang pada anggapanku, jika berlandaskan tenaga fizikalnya sahaja belum tentu bisa melaksanakan pekerjaan itu sehari- hari. namun, apa yang memberi impak terhadap tugas sehariannya ialah kami, orang tersayang. pukul 5 barulah dia berkemas-kemas untuk pulang.
namun, tugasnya tidak terhenti di situ sahaja. kembali ke rumah, hatinya pasti girang jika di sambut dengan suara-suara puteri dan putera kecilnya yang sekarang pasti sudah semakin galak membantah perintahnya. mungkin, sudah pernah melukai hatinya.
ku kenali dirinya. dia bukan seorang yang akan berperi terhadap kesakitan yang di tanggung. seboleh-bolehnya, dia mahu menguburkan terus rasa sakit itu agar tidak kelihatan oleh kami. namun, jauh di sudut hatinya, aku bisa mengerti. kerana itulah, diriku sayang sama kamu. kamulah inspirasi aku atas nama mengejar impian. jika kamu bisa berhempas pulas 10 jam sehari dan mungkin lebih, mengapa tidak aku? sedangkan tugas aku jauh lebih mudah dari kamu.
dan kamu, wahai ayahku, akan sentiasa bertakhta di hatiku...