for my gorgeous, superliciously sexy narimah nahalan, a true and my other half, wishing you:
HAPPY BIRTHDAY!!!
i don't know how you gained a special place in my heart, but one thing that i am sure of is, you were there whenever i need someone to talk to. you never fail to listen and comfort me. and ironically, you can make me smile and laugh out loud even i was at the lowest. your sense of humor is a medication that will heal every cut, even-though it has a potential to re-bleed in the future. but no worries, i can always consult you if the cut is bleeding again :p. (please God, don't give her the idea to charge me for the consultation since i don't have much money now)
N,
masihkah kau ingat ketika kita mula-mula bertemu? jelingan maut yang aku selalu berikan kau dulu sebagai tanda protes tatkala aku lalu di hadapan kelasmu? lalu kau akan menjerit dari kelasmu : "kau ingat kau bagus betul?"
ketahuilah bahawa jelingan maut itu bukan sembarangan orang yang dapat.maka, kau sangat bertuah kerana telah mendapat jelingan maut itu beberapa kali. lagi menggembirakan, ianya percuma! ya percuma! (sila sujud syukur)
N,
masihkah kau ingat bagaimana persahabatan kita terjalin? aku sendiri kurang pasti, namun yang aku tahu kisahnya bermula di dewan selera MRSM. menjelang SPM, kita akan meluangkan masa bersama di DS untuk mengulangkaji pelajaran(1%), bergosip(80%),tidur (19%). tuhan sayangkan kita kerana semua pun lulus dengan cemerlang dengan usaha yang sedikit itu. berkat kita mengumpat itulah, terjalin satu ikatan yang utuh barangkali?
N,
masihkah kau ingat ketika menjelang bulan ramadhan, kita paling semangat keluar ke pekan putatan. memborong semua makanan di gerai-gerai bazar ramadhan kerana kita punya nafsu makan seperti kuda. habis makanan di borong, bilik GF-i-dont-remember-the-number akan menjadi port kita berbuka puasa beramai-ramai. orang yang tidak puasa akan melantak mengalahkan orang yang berpuasa. usai sahaja melahap, masing-masing akan tersandar di dinding seperti ular sawa bunting 9 bulan.
N,
masihkah kau ingat bagaimana kita menghabiskan bulan peperiksaan SPM itu bersama? di kala malam sudah larut, dan neuron-neuron enggan untuk bekerja, maka berkumpullah kita membentuk kumpulan usrah yang kecil, di ketuai oleh naqibah-naqibah dayang papar. maka bermulalah sesi usrah kita iaitu carta lelaki terkacak di MRSM, dan pasangan terhangat semasa. mungkin juga cerita hantu paling menyeramkan sehingga meremang bulu ketiak? sungguh manis kenangan itu.
masihkan kau ingat kenangan ayam madu golek MRSM? seperti pencuri, kita berjaya menyelinap masuk ke DS pada tengahari jumaat di bulan ramadhan, di kala kaum adam sibuk menuju ke masjid bagi menunaikan solat jumaat. misi 1: berjaya! misi seterusnya adalah untuk membawa ayam madu kegemaran semua yang sedap hingga mahu tambah 5 kali ke aspuri. kita sedar diri, walaupun tidak berpuasa harus hormat kepada mereka yang berpuasa. maka kita mengambil keputusan untuk menikmati ayam itu di bilik masing-masing.
sekali lagi, seperti penyamun, kita terjengket-jengket keluar dari dewan selera supaya tiada siapa pun sedar bahawa kita telah berjaya menyeludup makan tengahari! malang sekali, khairul hamzah ketua darjah 5 topaz lalu di jambatan dan ternampak akan kelibat kita. dengan suara yang kurang merdu itu dia menjerit: "oi! nda puasa!"
kekalutan itu menyaksikan bagaimana ayam yang ku pegang erat gugur ke bumi. gugur bersama nafsu makanku untuk menjamah ayam itu dengan nikmat sekali di dorm nanti. kecewa. kau tergelak besar, aku turut tergelak. lalu berlari ke aspuri kerana khuatir lebih ramai akan menyaksikan insiden ayam madu golek itu. malu. kecewa. hampa. kempunan.
N,
masihkan ku ingat bagaimana kita mula-mula mendapat nama timangan masing-masing? kau nyetnyet dan aku chimpchimp. malam itu, di KML, kau menunjukkan buku biology yang ibunda kau belikan. di belakang buku itu terpampang gambar dua ekor monyet yang sangat comel sedang menikmati alam. lalu kau berkata" eh famousnya kau jamiey, dalam buku ni pun ada muka kau!"
pantang di kenakan lalu aku menjawab" ya bha pulak. eh ko nda ingat kita sama2 panjat ni pokok ka and bergambar?" lalu gelaran nyetnyet dianugerahkan tanpa segan silunya kepada dirimu lalu aku mendapat chimpchimp kerana pengalaman tidak berapa manis dengan felani stefanzi cho.
N,
masihkah kau ingat kenangan kita melarikan diri dari wales-london heathrow-london stansted-berlin-munich-frankfurt-dublin-belfast-dublin? aku yakin jika kita terus-terusan berlari seperti itu, lemak-lemak yang ada sekarang ini pasti malu-malu untuk terus melebarkan luas permukaan di bahagian-bahagian yang tidak di ingini. satu, sebab makan tidak terjaga. dua, sebab kita pasti tidak mampu untuk membeli makanan dengan duit 60 pound yang selamat di dermakan dan juga kad kredit yang punya batas 600euro. sungguh miskin kita pada masa itu. nasib baiklah diriku masih waras lalu tidak menjual dirimu dengan pak cik bermain alat muzik ganjil di hadapan patung molly malone. kerana jika aku tidak waras pada masa itu, mungkin kau telah selamat menjadi ms-pemain-alat-muzik-ganjil dan aku pula selamat memiliki kasut prada dengan hasil jualan itu.
N,
sungguh panjang lebar aku recall semula kenangan yang kita pahat bersama dan kemengantukan pastinya sangat cemburu dengan kita. maka dengan ini, aku mahu tidur agar aku boleh membesar menjadi bayi yang sihat dan gemuk dan yang paling penting, memiliki otak yang baik untuk terus mengarang sesuatu di hari jadimu tahun hadapan insya-Allah.
silalah sujud syukur dan kenduri 7 hari 7 malam kerana kamu memiliki kawan seperti aku. jangan lupa jemput ya? kerana aku ingin sekali makan percuma di kenduri mu itu :)
akhir kalam, sampaikan ucapan terima kasih aku kepada ibu bapa kamu kerana melahirkan kamu 23 tahun lepas ( bukan umur sebenar kerana khuatir saham akan jatuh) kerana, dengan kelahiran kamu, aku di kurniakan kenangan pahit manis yang pastinya menjadikan aku lebih dewasa setiap hari. terima kasih kerana masih berada di sini. terima kasih atas kenangan yang kita telah dan akan kongsi bersama.
aku sayang kamu.
yang manis,
jamieY