Monday 23 November 2009

::kerana huruf R::

'R'

mudah bukan untuk menyebutnya? aRrr. aku boleh sebut berulang kali, dengan lidah menyentuh hard palate dia atas dan 1/3 hujung lidah bergegar mengikut frekuensi hembusan dari dalam perut. kerap kali huruf ini muncul dalam perkataan yang di tutur sehari-hari. apa yang ingin aku kongsi di sini ialah bagaimana kisah seorang budak yang lambat perkembangannya dalam menyebut huruf ini dengan betul.

al-kisah, budak ini tinggal di sebuah kampung. dia merupakan kakak kepada seorang adik lelaki yang sudah pun petah menyebut R seawal umurnya 4 tahun dan cucu kesayangan kepada seorang nenek tua. pada mulanya, si kakak tidak ambil kisah perihal adiknya itu. namun, melihatkan semua rakan sekelasnya sudah pandai menyebut R, dia merasakan ada sesuatu kecacatan pada dirinya. adakah bodoh sangat dirinya sampai R yang mudah itu tidak boleh disebutnya dengan betul? atau lidahnya terlalu pendek? atau mungkin hard palatenya yang terlalu tinggi umpama Marfan's syndrome?

perkara ini diadukan kepada neneknya. faham dengan keadaan cucunya, si nenek tersenyum dan mengatakan kepada cucunya
"ikut nenek sebut ni. perarang lari jawa takkeroi mageroro"

mahu menangis saja si cucu mendengar frasa yang penuh dengan huruf R itu. sedang satu R pun payah dia mahu sebut, ini kan pula juta-juta lemon R. melihatkan kerut kedut di muka si cucu, maka fahamlah si nenek.

"kalau yang ini? sandru? "

nampaknya, 'sandru' berjaya menambat hati si cucu untuk diberi percubaan sewajarnya. bermula dari saat itu, perkataan itu disebut-sebut tanpa lekang dari bibir. seperti janda baru mati laki meracau tidak tentu hala. siang malam, pagi petang, malah dalam tidur mimpi menyebut perkataan itu. obses. namun seminggu berlalu, masih tidak terlihat tanda-tanda bahawa si cucu sudah ada kemajuan dalam penyebutan huruf R.

satu hari, seperti biasa, si cucu pergi ke sekolah. dia sudah darjah 3 sekarang. sangat rajin ke sekolah. dia merupakan antara pelajar yang sangat suka menjawab soalan cikgu. hari itu, semangatnya berkobar-kobar lalu dengan sukarela setulus hati menawarkan diri untuk membaca karangan di hadapan kelas. baru setengah perenggan dia berpujangga, seluruh kelas terbahak-bahak muka merah ketawa. hilai tawa mengisi segenap ruang. nampaknya, karangan dengan R yang tidak betul itu sangat lucu bagi mereka.

si cucu mengadukan hal itu kepada si nenek. seperti biasalah, dengan kata-kata azimatnya, hati kecil itu kuat kembali. bersedia untuk bertatih lagi. kali ini, bukan dengan satu perkataan 'sandru' sahaja, tetapi dia mahu pintar menuturkan frasa panjang berjela itu. itu azamnya. dan dia berjanji kepada diri sendiri bahawa dia akan menyebut R dengan bangga satu hari nanti. di hadapan kelas. dan, dia juga berjanji dia akan buat kenduri kesyukuran jika dia berjaya melakukan itu.

bulan silih berganti, di hening pagi hujung minggu, si cucu berlari mendapatkan neneknya. menjerit bagai mahu terkeluar anak tekaknya bersorak keriangan. dan dengan tercungap-cungap, dia menyebut R di hadapan neneknya. melompat suka suki dia. dia berjaya! hari isnin itu juga dia mahu membaca karangan di hadapan kelas lagi. kali ini dengan R yang terang, jelas dan betul. bukan pelat.

seminggu kemudian, kenduri kesyukuran pun di adakan atas kehendak si cucu.

p/s: istimewa bukan? belum pernah aku dengar mana-mana budak mengadakan kenduri kesyukuran semata-mata berjaya menyebut R dengan betul.

aku rindu.



kosa kata bugis
sandru' = senduk
perarang lari jawa takkaro mageroro : biawak lari di bawah pelepah kelapa berorok bunyinya

Monday 16 November 2009

::peminat setia irme::

kepada anda yang terkandas di blog ini setelah meng'google' nama dayang irme hafziany, aku kagum dengan anda. beberapa kali anda terkandas di sini. namun masih tegar meng'google' nama kawan aku itu. termasuk kali ini, sudah beberapa kali aku melihat IP adress yang sama terkandas di sini. hebat. teknologi juga hebat. kerana aku tahu anda kini berada di jepun, negara matahari terbit.

so aku hadiahkan banyak-banyak irme hafziany kepada anda:

irme hafziany
irme hafziany
irme hafziany
irme hafziany
irme hafziany
irme hafziany
irme hafziany
irme hafziany
irme hafziany
irme hafziany

come on, at least leave a comment if you really wanna know what's goin on with her :)


me,
jamieY

::dua puluh dua::

alhamdulillah,
as my fingers are dancing gracefully over this lappy's keyboard, i am still breathing in the same oxygen as i used to since 22 years ago. maybe the concentration is different, but yeah, it's free and unlimited. a blessing.

for the past 22 years, my life has been wonderful, interlaced with ups and downs at times that make me as what i am today. i believe everyone is on the same boat. but, what makes it different for me is, the presence of special people that obviously painted my life so beautifully that i am amazed myself to have a look on.

some may have painted it with basic colours, earthing an indispensable base.

some may have painted it with odd colours that sometimes brew an urge in me to expunge them from the readily beautiful drawings.

some may have painted it with bright colours that make every heart that sees dances with gay.

some may have painted it with dull colours that leaves it mysterious.

some may have painted it with mixed colours, sharpen every edge of my wooly personality.

some may have painted it with monochrome colours, yet leave nothing but a memory.

some may have painted it with directive lines, sometimes i followed, sometimes i don't.

some may have painted it with zig-zag lines, adventurous and demanding.

some may have painted it with smooth lines, and easy ride is equally joyful.


whatever colour you have painted on my drawings,

black,
red,
yellow,
orange,
purple,
pink,
green,
blue,


they are BEAUTIFUL.

.my mother, my father, my granny, my fikri, my senna, my ema, my jum, my nain, my ceeman, my nadia.
.narimah, yule, kak khai, rowz, yene.
.my closest girlfriends.
.my guy friends you know who you are.
.my colleagues.

with that, heartiest THANK YOU!




di ulang tahun yang ke 22,
jamieY

Tuesday 10 November 2009

::adab bergurau::

berapa kali dalam hidup kau, sedang hilai tawa memecah suasana sesama kawan akrab, terlampias gurauan seperti:

"siot je engkau ni"
"bangang. bukan itu maksud aku"
"bongok bongok bongok. dia itulah orangnya"

aku pun sudah hilang perhitungan terhadap perkara seumpama ini. aku tidak kisah. lebih-lebih lagi jika memang gurauan itu hanya di lafazkan dalam nada bergurau, dan pada masa dan ketika itu 'mood bergurau'. dan aku tahu, dia tiada niat untuk melabel aku sebagai apa sekalipun. dan, dia itulah kawan aku yang aku tahu hati budinya.

bayangkan, kau sedang berjalan, tiada bunyi tiada hiruk pikuk, tiba-tiba orang sebelah kau berpaling dan melabel kau sebagai perempuan jalang. lalu kau pun masih yakin dia itu bergurau dan bertanya: kau memanggil aku jalang? kemudian dia dengan tanpa pengertian sedikitpun dengan rasa tersinggung kau menjawab seyakin pasti: ya!

kalau kau membuat lawak pasal ini, maaf, ianya tidak lucu sama sekali. full stop.


kejalangan merasuk,
jamieY