Monday 14 December 2009

::cita-cita baru aku::

aku mahu kahwin doktor. ini cita-cita aku dari sekarang.

ada doktor yang available di luar sana? lol

Wednesday 9 December 2009

::al-fatihah::

masih aku ingat, ketika itu aku masih di zaman sekolah. seringkali pagi-pagi aku dirancakkan dengan lagu "mann" ataupun OST dari "kuch kuch hota he" kerana datuk udaku adalah penggemar lagu hindustan. dan aku membesar dengan lagu-lagu ini. koleksi lagu hindustan beliau mengalahkan kedai kaset top10 di tawau.

kalau penat memasang lagu hindustan, lagu "rhoma irama" pula di mainkan. tanpa jemu. aku juga membesar dengan lagu ini. aku suka lagu rhoma irama lebih dari lagu hindustan. mungkin kerana aku boleh memahami setiap seni katanya. mungkin.

masa di darjah 5, aku pernah meminjam baju datukku ini. entah mengapa, aku suka 3 jalur pada lengan baju ini. tergelak besar beliau melihat aku pada ketika itu kerana bajunya itu boleh memuatkan 2 saiz aku. sungguh. dia tegap orangnya. tinggi. wajah mirip rhoma irama. mungkin sebab itulah dia meminati penyanyi ulung indonesia itu.

aku sering mengusik beliau sebagai bujang terlajak. kerana di usia 40 tahun, beliau masih belum berkahwin. bukan tidak mahu, tapi hatinya patah. kerana seorang perempuan.

aku masih ingat, ketika beliau duduk bersila sambil menghisap dalam-dalam rokok surya maka berkepul-kepullah asap memenuhi serambi rumah. aku sering berseloroh, orang kuat merokok cepat mati. dia tergelak sambil memperlihatkan giginya yang sudahpun bercat tar. beliau pasti akan membidas kata-kataku dengan alasan yang sama. minum banyak air untuk mencairkan toksin. itu katanya.

namun, hari ini, aku terkesima dengan berita pemergian beliau.

sungguh. aku mahu bertemu dengan beliau lagi.

mengusik perut buncit beliau lagi.

menyindir tabiat perokok tegar beliau lagi.

aku mahu bersalaman dan mencium tangannya lagi.
kerana aku belum mintak ampun kali terakhir aku berjumpanya.

aku mahu dia memanggil aku 'dayang' lagi.

aku mahu memanggilnya 'awang' lagi.

aku mahu bercakap dalam slang orang KiKi dengan beliau lagi.

aku mahu dia memaafkan segala kekurang-ajaran aku dengan beliau selama ini.

*sayu*

*sebak*

moga roh beliau di cucuri rahmat. al-fatihah buat arwah datuk aku, yang telah kembali ke rahmatullah pada 08 disember 2009. moga roh beliau di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. ameen.


cucu yang tidak patut menjadi contoh,
jamieY


Wednesday 2 December 2009

::hesitancy::

Until one is committed, there is hesitancy, the chance to draw back, always ineffectiveness. Concerning all acts of initiative (and creation), there is one elementary truth the ignorance of which kills countless ideas and splendid plans: that the moment one definitely commits oneself, the providence moves too. A whole stream of events issues from the decision, raising in one’s favor all manner of unforeseen incidents, meetings and material assistance, which no man could have dreamt would have come his way. I learned a deep respect for one of Goethe’s couplets: “Whatever you can do or dream you can, begin it. Boldness has genius, power and magic in it!

-WH Murray



Tuesday 1 December 2009

::be happy!::




Life is Just a Bowl of Cherries,
Sometimes It's afraid Filled with Worries
Don't be afraid, When Things Go Wrong, Just be Strong.

When Thing Seems up in the Air,
And Everything is so Unfair,
And You Stumble and Fall
Just Pick Yourself up and Sing

If One Day You Lose Your Way,
Just Remember One Thing, My Friend.
When You're Under a Cloud
Just Visit Music and Sing

If One Day You Lose Your Way,
Just Remember that I'm Here to Stay.
Don't You Give up, Keep Your Chin up,
And Be Happy!


love,
jamieY