Tuesday 5 January 2010

Bye 2009. welcome 2010!

maybe i was a bit late, but better late than never :) so happy 2010 everyone!

2009 said it farewell, loud and clear and today is the 5th day of 2010. first day of semester 8. and next year, 2011. the year that will be filled with joyous celebration and beautiful achievements insyaAllah. lets pray hard for it! :)

2009 left me with tons of memories, laughter, tears and of course lessons.

i might be stumbled at times, people around me made me stand proudly at my feet again, as strong as ever!

i got carried away with beautiful things that the world could offer, i am grateful i still have beautiful people to share them with.

i found my new me, the exact me and i was being bold about it.

sometimes there are things better left unspoken and untold, so i think. make things easier.

welcome 2010. i expect more happiness and hopes from you! :)




Monday 14 December 2009

::cita-cita baru aku::

aku mahu kahwin doktor. ini cita-cita aku dari sekarang.

ada doktor yang available di luar sana? lol

Wednesday 9 December 2009

::al-fatihah::

masih aku ingat, ketika itu aku masih di zaman sekolah. seringkali pagi-pagi aku dirancakkan dengan lagu "mann" ataupun OST dari "kuch kuch hota he" kerana datuk udaku adalah penggemar lagu hindustan. dan aku membesar dengan lagu-lagu ini. koleksi lagu hindustan beliau mengalahkan kedai kaset top10 di tawau.

kalau penat memasang lagu hindustan, lagu "rhoma irama" pula di mainkan. tanpa jemu. aku juga membesar dengan lagu ini. aku suka lagu rhoma irama lebih dari lagu hindustan. mungkin kerana aku boleh memahami setiap seni katanya. mungkin.

masa di darjah 5, aku pernah meminjam baju datukku ini. entah mengapa, aku suka 3 jalur pada lengan baju ini. tergelak besar beliau melihat aku pada ketika itu kerana bajunya itu boleh memuatkan 2 saiz aku. sungguh. dia tegap orangnya. tinggi. wajah mirip rhoma irama. mungkin sebab itulah dia meminati penyanyi ulung indonesia itu.

aku sering mengusik beliau sebagai bujang terlajak. kerana di usia 40 tahun, beliau masih belum berkahwin. bukan tidak mahu, tapi hatinya patah. kerana seorang perempuan.

aku masih ingat, ketika beliau duduk bersila sambil menghisap dalam-dalam rokok surya maka berkepul-kepullah asap memenuhi serambi rumah. aku sering berseloroh, orang kuat merokok cepat mati. dia tergelak sambil memperlihatkan giginya yang sudahpun bercat tar. beliau pasti akan membidas kata-kataku dengan alasan yang sama. minum banyak air untuk mencairkan toksin. itu katanya.

namun, hari ini, aku terkesima dengan berita pemergian beliau.

sungguh. aku mahu bertemu dengan beliau lagi.

mengusik perut buncit beliau lagi.

menyindir tabiat perokok tegar beliau lagi.

aku mahu bersalaman dan mencium tangannya lagi.
kerana aku belum mintak ampun kali terakhir aku berjumpanya.

aku mahu dia memanggil aku 'dayang' lagi.

aku mahu memanggilnya 'awang' lagi.

aku mahu bercakap dalam slang orang KiKi dengan beliau lagi.

aku mahu dia memaafkan segala kekurang-ajaran aku dengan beliau selama ini.

*sayu*

*sebak*

moga roh beliau di cucuri rahmat. al-fatihah buat arwah datuk aku, yang telah kembali ke rahmatullah pada 08 disember 2009. moga roh beliau di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. ameen.


cucu yang tidak patut menjadi contoh,
jamieY


Wednesday 2 December 2009

::hesitancy::

Until one is committed, there is hesitancy, the chance to draw back, always ineffectiveness. Concerning all acts of initiative (and creation), there is one elementary truth the ignorance of which kills countless ideas and splendid plans: that the moment one definitely commits oneself, the providence moves too. A whole stream of events issues from the decision, raising in one’s favor all manner of unforeseen incidents, meetings and material assistance, which no man could have dreamt would have come his way. I learned a deep respect for one of Goethe’s couplets: “Whatever you can do or dream you can, begin it. Boldness has genius, power and magic in it!

-WH Murray



Tuesday 1 December 2009

::be happy!::




Life is Just a Bowl of Cherries,
Sometimes It's afraid Filled with Worries
Don't be afraid, When Things Go Wrong, Just be Strong.

When Thing Seems up in the Air,
And Everything is so Unfair,
And You Stumble and Fall
Just Pick Yourself up and Sing

If One Day You Lose Your Way,
Just Remember One Thing, My Friend.
When You're Under a Cloud
Just Visit Music and Sing

If One Day You Lose Your Way,
Just Remember that I'm Here to Stay.
Don't You Give up, Keep Your Chin up,
And Be Happy!


love,
jamieY

Monday 23 November 2009

::kerana huruf R::

'R'

mudah bukan untuk menyebutnya? aRrr. aku boleh sebut berulang kali, dengan lidah menyentuh hard palate dia atas dan 1/3 hujung lidah bergegar mengikut frekuensi hembusan dari dalam perut. kerap kali huruf ini muncul dalam perkataan yang di tutur sehari-hari. apa yang ingin aku kongsi di sini ialah bagaimana kisah seorang budak yang lambat perkembangannya dalam menyebut huruf ini dengan betul.

al-kisah, budak ini tinggal di sebuah kampung. dia merupakan kakak kepada seorang adik lelaki yang sudah pun petah menyebut R seawal umurnya 4 tahun dan cucu kesayangan kepada seorang nenek tua. pada mulanya, si kakak tidak ambil kisah perihal adiknya itu. namun, melihatkan semua rakan sekelasnya sudah pandai menyebut R, dia merasakan ada sesuatu kecacatan pada dirinya. adakah bodoh sangat dirinya sampai R yang mudah itu tidak boleh disebutnya dengan betul? atau lidahnya terlalu pendek? atau mungkin hard palatenya yang terlalu tinggi umpama Marfan's syndrome?

perkara ini diadukan kepada neneknya. faham dengan keadaan cucunya, si nenek tersenyum dan mengatakan kepada cucunya
"ikut nenek sebut ni. perarang lari jawa takkeroi mageroro"

mahu menangis saja si cucu mendengar frasa yang penuh dengan huruf R itu. sedang satu R pun payah dia mahu sebut, ini kan pula juta-juta lemon R. melihatkan kerut kedut di muka si cucu, maka fahamlah si nenek.

"kalau yang ini? sandru? "

nampaknya, 'sandru' berjaya menambat hati si cucu untuk diberi percubaan sewajarnya. bermula dari saat itu, perkataan itu disebut-sebut tanpa lekang dari bibir. seperti janda baru mati laki meracau tidak tentu hala. siang malam, pagi petang, malah dalam tidur mimpi menyebut perkataan itu. obses. namun seminggu berlalu, masih tidak terlihat tanda-tanda bahawa si cucu sudah ada kemajuan dalam penyebutan huruf R.

satu hari, seperti biasa, si cucu pergi ke sekolah. dia sudah darjah 3 sekarang. sangat rajin ke sekolah. dia merupakan antara pelajar yang sangat suka menjawab soalan cikgu. hari itu, semangatnya berkobar-kobar lalu dengan sukarela setulus hati menawarkan diri untuk membaca karangan di hadapan kelas. baru setengah perenggan dia berpujangga, seluruh kelas terbahak-bahak muka merah ketawa. hilai tawa mengisi segenap ruang. nampaknya, karangan dengan R yang tidak betul itu sangat lucu bagi mereka.

si cucu mengadukan hal itu kepada si nenek. seperti biasalah, dengan kata-kata azimatnya, hati kecil itu kuat kembali. bersedia untuk bertatih lagi. kali ini, bukan dengan satu perkataan 'sandru' sahaja, tetapi dia mahu pintar menuturkan frasa panjang berjela itu. itu azamnya. dan dia berjanji kepada diri sendiri bahawa dia akan menyebut R dengan bangga satu hari nanti. di hadapan kelas. dan, dia juga berjanji dia akan buat kenduri kesyukuran jika dia berjaya melakukan itu.

bulan silih berganti, di hening pagi hujung minggu, si cucu berlari mendapatkan neneknya. menjerit bagai mahu terkeluar anak tekaknya bersorak keriangan. dan dengan tercungap-cungap, dia menyebut R di hadapan neneknya. melompat suka suki dia. dia berjaya! hari isnin itu juga dia mahu membaca karangan di hadapan kelas lagi. kali ini dengan R yang terang, jelas dan betul. bukan pelat.

seminggu kemudian, kenduri kesyukuran pun di adakan atas kehendak si cucu.

p/s: istimewa bukan? belum pernah aku dengar mana-mana budak mengadakan kenduri kesyukuran semata-mata berjaya menyebut R dengan betul.

aku rindu.



kosa kata bugis
sandru' = senduk
perarang lari jawa takkaro mageroro : biawak lari di bawah pelepah kelapa berorok bunyinya

Monday 16 November 2009

::peminat setia irme::

kepada anda yang terkandas di blog ini setelah meng'google' nama dayang irme hafziany, aku kagum dengan anda. beberapa kali anda terkandas di sini. namun masih tegar meng'google' nama kawan aku itu. termasuk kali ini, sudah beberapa kali aku melihat IP adress yang sama terkandas di sini. hebat. teknologi juga hebat. kerana aku tahu anda kini berada di jepun, negara matahari terbit.

so aku hadiahkan banyak-banyak irme hafziany kepada anda:

irme hafziany
irme hafziany
irme hafziany
irme hafziany
irme hafziany
irme hafziany
irme hafziany
irme hafziany
irme hafziany
irme hafziany

come on, at least leave a comment if you really wanna know what's goin on with her :)


me,
jamieY

::dua puluh dua::

alhamdulillah,
as my fingers are dancing gracefully over this lappy's keyboard, i am still breathing in the same oxygen as i used to since 22 years ago. maybe the concentration is different, but yeah, it's free and unlimited. a blessing.

for the past 22 years, my life has been wonderful, interlaced with ups and downs at times that make me as what i am today. i believe everyone is on the same boat. but, what makes it different for me is, the presence of special people that obviously painted my life so beautifully that i am amazed myself to have a look on.

some may have painted it with basic colours, earthing an indispensable base.

some may have painted it with odd colours that sometimes brew an urge in me to expunge them from the readily beautiful drawings.

some may have painted it with bright colours that make every heart that sees dances with gay.

some may have painted it with dull colours that leaves it mysterious.

some may have painted it with mixed colours, sharpen every edge of my wooly personality.

some may have painted it with monochrome colours, yet leave nothing but a memory.

some may have painted it with directive lines, sometimes i followed, sometimes i don't.

some may have painted it with zig-zag lines, adventurous and demanding.

some may have painted it with smooth lines, and easy ride is equally joyful.


whatever colour you have painted on my drawings,

black,
red,
yellow,
orange,
purple,
pink,
green,
blue,


they are BEAUTIFUL.

.my mother, my father, my granny, my fikri, my senna, my ema, my jum, my nain, my ceeman, my nadia.
.narimah, yule, kak khai, rowz, yene.
.my closest girlfriends.
.my guy friends you know who you are.
.my colleagues.

with that, heartiest THANK YOU!




di ulang tahun yang ke 22,
jamieY

Tuesday 10 November 2009

::adab bergurau::

berapa kali dalam hidup kau, sedang hilai tawa memecah suasana sesama kawan akrab, terlampias gurauan seperti:

"siot je engkau ni"
"bangang. bukan itu maksud aku"
"bongok bongok bongok. dia itulah orangnya"

aku pun sudah hilang perhitungan terhadap perkara seumpama ini. aku tidak kisah. lebih-lebih lagi jika memang gurauan itu hanya di lafazkan dalam nada bergurau, dan pada masa dan ketika itu 'mood bergurau'. dan aku tahu, dia tiada niat untuk melabel aku sebagai apa sekalipun. dan, dia itulah kawan aku yang aku tahu hati budinya.

bayangkan, kau sedang berjalan, tiada bunyi tiada hiruk pikuk, tiba-tiba orang sebelah kau berpaling dan melabel kau sebagai perempuan jalang. lalu kau pun masih yakin dia itu bergurau dan bertanya: kau memanggil aku jalang? kemudian dia dengan tanpa pengertian sedikitpun dengan rasa tersinggung kau menjawab seyakin pasti: ya!

kalau kau membuat lawak pasal ini, maaf, ianya tidak lucu sama sekali. full stop.


kejalangan merasuk,
jamieY


Saturday 31 October 2009

::money is the root of evil?::

money is the root of evil.

muak? mual? atau sudah basi di suapkan dengan propaganda ini? atau mungkin propaganda ini sedikit pun tidak menarik minat kau kerana memang bercanggah 100% dengan prinsip kau?

aku pernah berpegang bahawa duit bukan segala-galanya. dan aku tidak pernah menjadikan duit sebagai 'ultimate goal' aku dalam hidup ini. pernah. tidak bermaksud sekarang ini aku sudah menjadi mata duitan dan duit adalah segala-galanya bagi aku. tidak. akan aku jelaskan sedikit demi sedikit.

membesar dalam serba kesulitan dan cukup makan saja, aku selalu berfikir: mengapa sesetengah orang dikurniakan duit melimpah ruah sampai tidak tahu bagaimana untuk dibazirkan duit itu? aku pernah menyaksikan ini. setiap hari dia akan mengenakan baju Dior, handbag LV, seluar Guess, minyak wangi D&G yang semerbak satu dewan kuliah sampai pitam orang yang duduk di belakang. benar. lihat pula keesokan harinya. satu set pakaian berjenama lain. percaya atau tidak, baju itu tidak pernah dipakai berulang. boleh bayangkan betapa besar wardrobe dia? namun, bila aku rasional balik, itu adalah ujian Allah padanya, aku pula diuji dengan kesusahan. fair enough?

tapi berbalik kepada topik tadi, benarkah duit adalah raja segala kejahatan? sekarang timbangkan ini:

dalam diri manusia ada seketul daging. jika baik daging ini, maka baiklah. jika buruk daging ini, maka buruklah. daging ini adalah HATI.

secara mudahnya, hati adalah raja yang memerintah seluruh anggota. samada untuk kebaikan atau keburukan, semuanya terpulang kepada sejauh mana hati itu telah diterapkan nilai-nilai mahmudah. bukan saja dalam pengurusan kewangan, malah setiap tindak-tanduk kita. jadi, sekecil-kecil pahala dan sebesar-besar dosa bermula dari H.A.T.I. tapi bukan duit. jika kau terjumpa dalil yang mengatakan duit adalah punca kejahatan, aku ingin sekali turut sama melihat dan mengkajinya :)

maka, adakah wajar untuk melabel bahawa semua orang yang jahat adalah mereka yang mahukan duit?

semua ini bertalu-talu mengetuk kotak fikiran aku usai ceramah 'financial management' tadi. tahniah kepada encik hamzah kammapu kerana beliau adalah orang pertama meyakinkan aku bahawa orang yang mahukan duit bukanlah orang yang jahat. dan duit bukanlah raja segala kejahatan, bukan juga segala-galanya. tapi dengan duit, 'we can buy heaven'

when we talk about 'buying heaven', i don't limit my discussion into hedonism. that is temporary 'heaven' that will fade away as the wind blows it away, leaving you with nothing and nothingness!

the heaven that i am talking about is eternal. on earth and hereafter insyaAllah. but i am not going to talk about how is it possible as i am not an another ustazah :) i'll let your fresh and active neurons to work on it.

the gist of the talk is:
1. know your personal finance and manage it well. planning is important.
2. money doesn't come easily. be PATIENT because patient is beautiful and it worth everything you sacrificed for.
3. ASB is the best investment esp for students like me.
4. don't be fooled by financial consultant who promised you a rate of 25% . know what is it exactly!
5. discipline yourself to invest at least 2/3 of the remaining income every month, another 1/3 for SOS finance. sounds easy huh?
6. land is a very wise investment. and it's cheap.
7. work for the money, then let the money work for you.
8. and ladies out there are strongly advise to marry a rich man! :D


$$,
jamieY