Friday 4 July 2008

::congrates mr beattie!::

LOS ANGELES 4 Julai – Seorang `lelaki' Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini melahirkan seorang bayi perempuan di sebuah hospital di Oregon.

Thomas Beattie yang lahir sebagai seorang perempuan memilih untuk menjadi lelaki tetapi mengekalkan organ seks wanitanya.

Dia menarik perhatian dunia pada April lalu selepas membuat pendedahan sedang mengandung dan pernah menjalani pembedahan untuk pembentukan semula dada dan terapi testosteron.

`Lelaki' berumur 34 tahun itu melahirkan bayi perempuan di sebuah hospital di Bend, Oregon pada 29 Jun lalu.

“Perbezaan pada diri saya adalah saya tidak boleh memberikan susu badan kepada bayi saya,” katanya seperti dipetik oleh People Magazine.

Majalah itu melaporkan Beattie melahirkan anaknya secara normal dan bukan melalui pembedahan Caesarean. – AFP

petikan berita dari utusan online. hahaha N, he delivered a baby girl! i bet she will become a stunningly gorgeous lady in 16 years time :)

1 comment:

~nareemwahkz you~ said...

btambah jeles la aku sma dia. haihhhh!