Wednesday 3 September 2008

::tazkirah: sahabat::

saya mulakan dgn lafaz basmallah...

sahabat, kawan, teman, buddy...or what ever kita mlabel mereka, memainkan peranan yg begitu penting dalam khidupan sharian malah, mbentuk peribadi kita..so d bwh ni aku mau share cara2 memilih sahabat... mudah2an kebaikan yg ada pada diri seorang sahabt akan mjadi teladan yg baik...manakala yg kurang baik silalah jadikan sempadan :)

Nasihat al-Qamah:
Lima cara pilih sahabat
Nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama: Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya. Dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua: Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga: Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat: Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima: Sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

Ketika segalanya menjadi sesuatu yang tidak masuk akal dan kau merasa tertekan... Allah bersamamu untuk menenangkanmu...

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih.. Allah sudah menghitung airmatamu.

God send His angles to us that we know as friends :)

sahabat2ku, semoga ukhuwah yg tjalin bkekalan hendaknya. 



6 comments:

~nareemwahkz you~ said...

AHHH!! bgini rupanya tazkirah. aku pnya tu cam salah konsep =))

Anonymous said...

baiklah.. saya akan berhati-hati memilih kawan lepas ini mengikut kriteria-kriteria td. terima kasih ustazah jameela. :) slamat berpuasa kat dublin.

~nareemwahkz you~ said...

ahhh. aku baru abis sahur n smyg.. lpas bc ni betul2, aku rasa sungguh power sbb plih kwn yg betul. :)

love u jemot & e rest of e PBS clan.

UK!UK!UK!

:)

Anonymous said...

hahahaha..untuk N: ko nih salah konsep jak slalu nih....

Thani: ko dah jumpa pun kawan yg mcm criteria2 yg d tetapkan jer..cuma kena tambah atu point lg special case kan: Pointnya mesti mempunyai klantangan vokal untuk d laungkan d dapur 322..heheh

thefourtharif said...

adoi... betul... dgn kawa kita senang... dgn kawan kita susah.... (menangis lagi)... (salah konsep lg)

jamieY jaLiL said...

btul la tazkirah yg ko buat tu darling...mana da slh..i like :)

na kan bgs ko buat kenduri ksyukuran tok tnjukkn rsa bsyukur ko ada kwn cm kami < maka, slh konsep lg> hihi

wah2 bkn kamu2 ni ka kwn2 yg c thani cri azmi?? :p

asrih, sila jgn emo hihi