aku berjalan sendirian ke kelas pagi ini. tiba-tiba terdetik, aku ini jenis yang suka sendiri sebenarnya. punya pace jalan sendiri. punya masa untuk menikmati alam. punya masa untuk diri sendiri.
bukanlah itu bermaksud aku tidak suka berada di dalam kelompok rakan-rakan. i enjoy their company. i do. kebersamaan pun cantik, tetapi bergantung dengan siapakah kebersamaan itu di kongsi.
ada perkara aku suka lakukan sendiri. contoh: shopping! sebab aku akan ambil masa yang lama (sangat lama untuk lebih tepat lagi) meneliti dan membandingkan kualiti, harga, etc. ya aku cerewet. keluar masuk tiga empat kedai pun belum tentu aku berhasil menemui apa yang aku cari, walaupun hanya sehelai t-shirt. jadi, peringatan kepada kawan2, sila jangan menjadi teman shopping aku! lagi satu, aku percaya bahawa setiap orang punya taste masing2. maka, bila shopping ramai2, di khuatiri clash of interest akan terjadi. aku ingin ke department itu, kamu ingin ke department ini. bila terjadi begini, mood shopping pun akan lari sedikit. salah siapa? salah aku sebab aku bukanlah jenis yang sabar menunggu.
satu lagi yang aku gemar lakukan sendiri ialah memasak. aku kekok bila aku sedang memasak, aku di perhatikan oleh sepasang mata lain. jika kamu rasa lauk itu TERmasin, salahkan orang yang menjenguk aku yang tengah masak :p. ingin menghulurkan bantuan dengan memotong sayur, cili, atau bawang? o sila pastikan kamu memotong dengan tertib kerana aku seorang yang perfectionist. pantang sekali lobak itu di potong tidak sama saiz. bawang putih tidak di hiris halus. ya aku sedar bahawa hakikatnya semua benda itu akan masuk ke dalam perut, di hadam dan menjadi faeces, tetapi itu pandangan kamu. i beg to differ. hasil kerja yang halus melambangkan etika kerja. secara peribadi juga, aku menggemari kerja yang teliti, maka sebelum aku mendapatkan dari orang lain, aku harus mempersembahkan terlebih dahulu.
lagi satu, aku lebih suka bergerak ke mana2 yang memerlukan aku berurusan secara bersendirian. jika ada teman, alhamdulillah. tetapi, jika tiada, cukup sekadar ipod dan music aku menjadi teman. dari segi keselamatan, aku tidak risau. di bumi dublin ini, aku rasa jauh lebih selamat dari berada di tanah air sendiri. kadar jenayah yang semakin meningkat di dublin ini belum mampu melawan kadar jenayah 10 tahun lepas di tempat aku yang pastinya semakin meningkat saban tahun.

namun, ada sesuatu yang aku suka lakukan bersama. seramai yang mungkin kalau boleh. iaitu MAKAN! pasti makanan menjadi lebih enak jika di nikmati bersama bak kata mak aku: makanan yang sedikit dan di rebut2 itulah yang lazat ;)
so jangan risau. bab makan, aku tidak makan sendiri2. sebab, adalah lebih baik makan bersama2, sambil menggemukkan diri bersama. ini dapat mengelakkan low self esteem kerana mempunyai lemak berlebihan kerana rakan-makan-dan-menggemukan-badan di sekeliling turut mempunyai lemak berlebihan. mungkin tidak sebanyak aku, tapi cukuplah untuk menyedapkan hati sendiri! dan yang paling penting, bila makan ramai2, bil makanan di patak2kan dan hasilnya: perut yang kenyang dengan harga yang murah kerana telah di bahagi 10 atau lebih :D
aku juga suka mengheret rakan aku untuk ke tutorial bersama. mengapa? sebab aku tidak mahu meningkatkan kebarangkalian aku untuk menjadi target tutor untuk bertanya soalan. bayangkan di dalam kelas, ada 10 orang. 5 orang berambut blonde. 2 orang bertudung. 3 lagi berambut hitam. jadi kebarangkalian aku untuk di tanya adalah sangat tinggi jika 3 si rambut hitam tidak hadir ataupun satu daripada perempuan bertudung ponteng. mengikut teori aku, tutor sangat suka kepada mereka2 yang ganjil. dalam fenomena di atas, dengan kewujudan seorang sahaja perempuan bertudung ie aku, lebih2 lagi berwarna ceria: kebarangkalian untuk aku di tanya ialah 1/3. bukan aku tidak suka menjawab soalan tetapi hakikatnya, aku jarang sekali mambuat persediaan yang mantap sebelum ke kelas. kadang2, tidak besedia langsung. jadi, sebelum aku memalukan diri sendiri, langkah berjaga2 ialah menggunakan matematik mudah mengira kebarangkalian :D
so kesimpulannya, jangan risau jika aku bergerak ke mana2 sendirian tetapi risaulah jika kamu tidak ajak aku makan bersama haha.
sedang menikmati kebersendiriannya,
jamieY
3 comments:
bangga puan siti rohani.. haha... u most know.... everything... haha
nikmati saat kebersendirian. kerana bile dh mule keberduaan atau kebertigaan kamu akan mula lupa akan saat kebersendirian.
kebersendirian tidak loser. seperti kata sesetengah dari kita. terpulanglah pada mata dan hati penilai.
BERSENDIRIAN WEEK! [bersendirian berhad] hahahahaa.
kepada kawanku yg menikmati kebersendiriannya, anda telah d tag :)
Post a Comment