satu pagi yang indah, aku mendapat hidayah untuk bangun awal. ya, sila baca betul-betul. aku bangun awal. sebelum sempat pak cik dublin city council membersihkan tong sampah di deretan rumah kami. kagum sekali!
bukan itu sahaja yang pelik pada hari itu. perkara kedua yang biasa aku lakukan selepas solat subuh ialah, menarik duvet dan belayar ke alam mimpi. tapi, tidak pada hari itu. aku turun ke dapur. perut juga tidak mendendangkan irama sumbang seperti selalu. biasanya, bangun pagi sahaja, pasti suda berkeroncong minta di isi. iramanya pasti lagi mencemarkan corong telinga apabila sudah berniat puasa di malam harinya.
pasti kamu tertanya-tanya, apa yang aku lakukan selepas itu? memasak sarapan yang baunya mampu mengejutkan jiran yang sedang tidur? membancuh air teh susu yang mengeluarkan wap berkepul-kepul ke ruang udara? atau menyapu tesco white bread dengan peanut butter dan strawberry jam? semua itu tidak berlaku.
adakah itu bermaksud bahawa, makanan tidak lagi menjadi motivasi kepada aku untuk bangun? jika itu adalah benar, maka, selepas ini bolehlah menjadikan sampah sebagai motivasi utama untuk bangun setiap hari. dengan azam: harus bangun sebelum pak cik dublin city council tiba.
kerana apa yang lebih menarik perhatianku pada pagi itu ialah plastik sampah recycle di tepi peti ais. sudah penuh. lalu aku ikat dan heret ke luar rumah, masukkan dalam bin hijau lalu menolak bin itu ke tepi jalan raya. agar dapat di kosongkan oleh pak cik dublin city council kemudiannya. dapat di hantar ke pusat-pusat kitar semula dan mungkin dapat menjadi produk baru yang boleh di pasarkan?
oleh itu, mari beri tepukan gemuruh kepada jamiey kerana telah berjaya menyelamatkan dunia daripada longgokan sampah. menyelamatkan dunia dari global warming. menjimatkan kos penghasilan produk.
sebenarnya bukan itu perkara pokok yang ingin aku sampaikan. ada yang lebih penting yang terdetik di hatiku yang ingin aku turunkan ke jari jemari agar pantas menari-nari membentuk satu rangkap yang mampu merungkai apa yang terbuku di hati.
ceritanya berlaku ketika sedang menarik bin hijau itu keluar. di ufuk timur, matahari sedang memancarkan sinar jingga yang begitu cantik. udara segar masuk ke cerobong hidungku yang kurang mancung terasa menenangkan sekali. pokok-pokok hijau. ada juga pokok-pokok yang gondol daunnya kerana mematuhi peraturan musim. cantik. cantik sekali. nyanyian burung-burung. ah indahnya dublin!
namun, semua ini bakal di tinggalkan dua bulan lagi...yang paling berat untuk di tinggalkan ialah KAMU!
yang sedih kerana bakal meninggalkan dublin,
jamieY
4 comments:
sungguh indah bahasa mu jemot. patutlah ko menang syarahan slalu hihihi.
*hugs* no sedih2 k. balik sini kita ronggeng. i bet ur fam pn suda rindu.. kwn2 lagi la rindu
ala jamiey.. jangan la sedih.. (ke buat-buat sedih) kitrg yg tinggal pasti akan merindui dirimu yg vogue itu. hehe...
haha. teda kaitan bha N *malu2* :p
ya la mem aku nda ksabaran tu tggu aku blk hihi. bha kamu suda kasi sedia baju sexay ka ni tok sesi gomol2? hahaha
Thani: vogue? thank you hahaha. eleh thani, mau tiramisu terbalik ka tu puji2? :p
Please don't say anything about that horrible day until it finally comes. Let's just forget it and enjoy the remaining days as usual. I can't bear the pain of being separated.....
Post a Comment