"Ya Allah, jika ini yang terbaik untukku, Kau permudahkanlah. Namun, jika Kau menginginkan yang lain, aku redha"
aku terduduk di tangga. terkedu. otak ligat menerawang. neuron- neuronku aku paksa untuk bekerja walaupun mereka belum lagi dapat melancarkan transmisi seawal 5 pagi. fikiranku menerobos setiap pelosok. lorong mana yang aku belum redah? lubang cacing mana aku belum gali? orang berlesen mana yang belum aku kejutkan dari pembaringan?
sehabis baik aku telah berusaha untuk melihat impian aku, impian kawan-kawan aku tercapai. namun, aku belum berjaya.
semalam, dila han dan indang berusaha. di lapangan terbang. menebalkan muka bertanya setiap kaunter jika ada kereta yang masih available. aku menyusul bersama azmi dan asrih. kami meluru ke setiap kaunter namun apa yang terlihat adalah lampu LED papan tanda syarikat-syarikat sewa kereta. gah. namun, kami sampai lewat sedikit. kauter-kauter telah di tutup dan kami hanya mampu memandang dengan pandangan kosong. kecewa pun ada. namun, aku masih menaruh harapan.
malam sudah larut. han dan indang tertidur di kerusi yang tidak berapa empuk di lapangan terbang dublin ketika kami tiba untuk mendapatkan mereka. kerana malam sudah lewat, perkhidmatan bas sudah lama terhenti untuk memberi laluan kepada pemandu-pemandu bas yang setia berkhidmat setiap hari untuk berehat bersama anak isteri.
oleh itu, azmi dengan rela paksanya menghantar aku dan indang han dilah pulang. jauh. rumah mereka di dublin 4. aku kasihan melihat azmi yang tidak berapa sihat dan suara yang sexy itu terpaksa berusaha untuk bersengkang mata menghantar kami agar kami selamat sampai di rumah. aku kasihan melihat asrih yang setia menemankan kami speanjang perjalanan. setia menghiburkan kami dengan celotehnya walaupun aku tahu masa itu boleh saja dia gunakan untuk tidur. aku tahu mereka berdua penat kerana siangnya mereka menjadi buruh kasar.
aku kasihan melihat indang dilah han yang tertidur kepenatan di kerusi lapangan terbang yang tidak seberapa empuk. aku kasihan melihat mata mereka yang kuyu. aku kasihan melihat mereka membuang masa begitu walaupuan mereka punya tanggujawab lain yang meronta-ronta meminta untuk di laksanakan.
aku bersyukur kerana aku masih mampu berharap dan mempunyai impian. namun aku lebih bersyukur kerana aku punya kawan-kawan yang begitu supportive. yang mampu menjadi tulang belakang bagi aku untuk terus berimaginasi, dan bermimpi. aku bersyukur kerana aku punya kawan-kawan yang akan sentiasa berada di sisi apabila aku memerlukan. aku bersyukur kerana mereka tidak mempersoalkan, malah mencari jalan penyelesaian. aku bersyukur kerana aku tahu mereka tidak akan biarkan aku sendirian.
aku sudah berusaha sehabis baik, namu Allah belum mengizinkan. Allah mengajar nilai hidup yang mngkin aku tidak pelajari jika aku dan kawan-kawan tidak di duga sebegini. kepada kawan-kawanku yang bergelar sahabat, tiada perkataan yang mampu menggambarkan rasa penghargaan dan terima kasihku kepada kalian. namun satu yang pasti, aku terhutang budi kepada kalian.
terima kasih kepada pemandu setia kami yang kacak lagi tidak banyak complain, yang aku kejutkan seawal 6 pagi yang kini membuatku rasa bersalah: mr norazmi samsudin
terima kasih kepada tukang celoteh kami yang pasti membuatku tersenyum walaupun hati tengah berduka: mr asrih arif
terima kasih kepada insan yang memahami dan sentiasa memberi sokongan jitu : ms indang jalilah shahrol
terima kasih kepada insan yang sentiasa berada di sini, dan bersiap sedia berkhidmat: ms fadhilah yusof
terima kasih kepada insan yang sanggup mengorbankan masa dan tenaga atas nama persahabatan : ms siti farhana nor
terima kasih kepada tukang sorak dari belakang yang juga berkongsi impian dengan aku: ms khairul annisah ibrahim
terima kasih juga kepada orang belakang tabir: ms noorhirdayu mohamed
mungkin kita gagal untuk mendapatkan sebiji kereta kerana kita belum berumur 23 tahun, namun kita tidak gagal untuk menyemai dan menabur baja kasih sayang kepada persahatan kita (ececece ayat yang boleh buat aku muntah)
you guys are rock! and u definitely have rocked my world :)
many thanks and remember this, i love you! and that is for eternity.
p/s: azmi, aku tidak sentap dengan kamu dalam previous entry. kata-kata itu adalah untuk aku.
yang kecewa,
jamieY
5 comments:
jgn kecewa sister. im sure this is for your own good. He knows the best for u. believe in Him. oryte?
all da best! someday somewhere akan ade pintu rezeki yang Dia akan bukakan untuk kamu. no worries sis!
marilah sama2 kite belajar untuk redha dgn nasib yang telah ditentukan. iAllah, hasilnya sangat indah!
sekian, ustazah dEE berbicara. haha.
good luck!!! :D
ya true. thanks kak D! akan d usahakan lain kali pula ehe.
ya Allah, samapai x tdo mlm korang berusaha carik kete?x terkata ako..Thanks kepada Indang, Han, Asrih, Dila, Azmi kerana sudi membantu Jamie yg bercita2 nk bunuh diri ni ngan bungee jumping.xpela Jamie, maybe next time adanye peluang.InsyaAllah..jgn sedihh k..
alahai.. kesiannye.. sorry laa.. i was not in Dublin that night.. i was on the west coast of Ireland.. helping my friend moving into his new house.. mcm mek kate, this might be for your own good jugak.. Dia lebih mengetahui kan?? lagipun, bungee jumping tu mcm bahaya n menakutkan je.. hahah.. by the way, slamat packing.. heh..
ya N, our dream will never die if we hold on together :)
abg jhaz, it's okay. who knows an bnda gini mau jd? ehe. anyway thanks! sori sebab susahkan :)
Post a Comment