Tuesday 4 August 2009

::because i love him::

aku berniat untuk post entri tentang "life is full of drama" beberapa hari lepas. draft sudah aku siapkan. namun, aku tidak rasa entri itu cukup menarik, melainkan hanyalah monolog dalaman aku yang dikupas dalam bentuk e-diari. sudah menjadi trend, blog adalah diari peribadi yang merakamkan rasa tidak puas hati ataupun kesal etc etc. ranting mat saleh bilang.

tapi, kejadian hari ini aku rasa memiliki hak mutlak untuk aku rakamkan di sini. mungkin bisa menjadi teladan kepada semua. mungkin juga menjadi hiburan kepada mereka yang suka berceritera? mungkin. terlalu banyak kemungkinan yang pangkal kepastiannya masih samar-samar.

seperti kesamaran cinta pasangan yang aku temui pada 31 Julai lepas di wad 15. pagi itu kami berbual rancak dengan pasangan ini, mengorek sejarah perubatan si suami yang menghidapi Tuberculosis dan HIV. Tengah hari itu, sedang aku dan kawan-kawan melepaskan lelah di bench di luar wad, si isteri menegur kami.

"oh how nice. young doctors, wearing scarves and always smile" dia memuji kami.tersipu-sipu kami mengalahkan kerang busuk mendengar pujian sebegitu rupa.

"is that for your husband?" aku bertanya, tatkala melihatkan dua kuntum bunga yang baru di petik dari taman hospital. di petik secara haram barangkali.

"ya" dia menjawab ringkas.

"auw how sweet..." aku yang memang cepat tersentuh dengan lil things ni tersenyum lebar.

"because i love him" maka 'auw sweet' itu bertambah panjanglah intonasinya dan harakatnya.

tiba-tiba si isteri mundur setapak, dan menekup mulutnya. air mata mula berlinang. kami yang sibuk berbual hal remeh-temeh secara serentak terdiam. kaku. jarang sekali kami kami melihat pesakit mengalami emotional breakdown di depan mata. lagi pula, breaking bad news akan di ajar tahun hadapan, jadi kami tidak dapat recall kata-kata keramat pada saat genting seperti ini.

"he's going to die!" dia meluahkan apa yang terbuku di hatinya. air mata masih bergenang.

aku bingkas bangun dan cuba untuk menawarkan perkhidmatan kaunseling secara percuma. dia berlari meninggalkan kami.aku rasa rejected.rasa yang amat.

aku duduk semula. kami masih kaku. kemudian kami sambung berbual. masih lagi hal remeh temeh.


*********************************************************************


dan hari ini, 4 Ogos, si isteri datang lagi ke hospital. kali ini dia menyerang seorang House Officer (HO) dan memaksa beliau untuk mendengar keluhannya. keadaan di belakang tirai hingar-bingar. seperti orang bergaduh lagaknya. mendengarkan suara tangisan dan jeritan, kami yang berada di belakang tirai menjadi kurang senang. perasaan ingin tahu melonjak-lonjak. pesakit yang berada di sebelahku, juga hilang rasa takutnya untuk menjalani procedure yang akan aku cuba jaya sebentar lagi. lalu, pesakit itu berbisik kepadaku dengan perlahan

"dia (si isteri) tu pondan" aku tergelak besar mendengarkan jenaka pak cik itu. kerana sudah terlalu lama di hospital, pak cik ini sudah sebati dengan gosip liar yang berlaku di kalangan pesakit-pesakit dan ahli keluarga mereka nampaknya. tapi, dalam diam aku terpaksa bersetuju dengan kata-kata pak cik itu. si isteri memang kelihatan seperti pondan.

tidak lama kemudian, HO itu mendapatkan kami kerana dengan pengawasannya sahaja, aku boleh teruskan procedure itu. HO itu turut berkongsi gosip dengan kami.

"the wife killed the husband. they fled off yesterday and the husband suddenly die. she is a murderer"

serentak itu, kami terdiam. masing-masing berwajahkan tanda tanya. tentang pembunuhan itu. tentang kebolehan setiap individu di wad ini bergosip. tentang nasib malang pak cik itu. kasihan.

lewat petang itu juga, aku mendapat input lagi bahawa si isteri bukanlah isteri kepada si suami yang di bunuh. kes menjadi semakin kompleks bukan? siapa dia, masih menjadi tanda tanya. namun, walaupun dia bukanlah isteri sah kepada si arwah suami, namun dia pernah membuatkan aku tertipu tentang betapa dalamnya dia mencintai suaminya. tentang betapa sweetnya dia. ah naive sungguh aku kerana percaya. percaya kepada orang psycho. selepas ini, aku berjanji tidak akan memuji orang yang memetik bunga secara haram di hospital lagi. sumpah!




No comments: