Sunday 17 May 2009

::semangat::

semangat setiakawan,
semangat menikam kawan,
semangat makan kerana stress, 
semangat yang hilang kerana penat yang amat,
semangat dengan konsep government slave,
semangat berjoli di hujung minggu, 
semangat memeriksa pesakit, 
semangat menghilangkan diri dari lecture hall tatkala tidak cukup tidur, 
semangat yang berada di kampung halaman dan enggan menemani aku di sini, 
semangat mahu berjimat tetapi overspent, 
semangat mencari cendol terbaik di penang,
semangat yang tidak teruja dengan peperiksaan, 
semangat ghost season 2, 
semangat melayari website airasia dan MAS dengan harapan harga tiket raya merudum,
semangat mendail nombor customer service MAS dan CIMB,
semangat merancang untuk ke genting highlands untuk adrenaline rush yang nyata,
semangat menyahcaskan saki-baki elektromagnet kamu,
semangat mahu menjadi ramping seperti 4 tahun lepas,
semangat belajar memandu,
semangat mengutuk talam dua muka,


semangat menyimpulkan kehidupan dalam tempoh dua bulan ini dengan "semangat"

::algebra kehidupan::

salam sayang,

alhamdulillah, berjaya mengharungi dua bulan putaran perubatan dan pembedahan (medical and surgical rotations). bersesuaian dengan namanya, memang terasa dunia berputar, lebih-lebih lagi mendengarkan beberapa nama pakar bedah yang sinonim dengan ketidakramahan dan hobi mereka yang suka menengking pelajar di dalam wad. 

jumaat lepas, tatkala semua jururawat jelita terkesima melihatkan aksi pakar bedah yang hampir-hampir melayangkan fail pesakit ke arahku, aku masih tersenyum. kawan-kawanku yang berada berhampiran kelihatan kaget. takut-takut fail itu benar-benar melayang. aku berdiri kaku. kalau di takdirkan aku masuk wad hari ini akibat pengsan terkena lontaran itu, aku rela. lagipun, pengalaman seperti ini tidak berlaku setiap hari. pesakit sendiri kelihatan terkejut. mujur, senyuman paling manis aku berikan kepada pakar bedah yang menjunjung sebiji bola rugby setiap hari (hari itu berwarna coklat, padan sekali dengan janggutnya yang berwarna putih keseluruhannya) nampaknya berjaya melembutkan hatinya lalu meletakkan fail itu semula. 

pengalaman di usir seperti ayam, dimarahi di khalayak ramai, berdiri selama 5 jam tanpa henti, di tengking tanpa belas kasihan seolah-olah mereka tidak pernah bergelar pelajar, telinga di jamu dengan kata-kata nista, semuanya sudah menjadi sebahagian dari aku. dalam sehari, sekurang-kurangnya aku akan menerima 3 rejections. semua itu telah mejadikan hati aku yang lembut dan penyayang kepada hati batu. heh!

tetapi, tidak semua yang aku lalui pahit-pahit belaka. aku bersyukur kerana tenaga pengajar di hospital seberang jaya semua baik-baik belaka. dan itu menjadikan aku sangat kagum kepada mereka. mereka jugalah yang mengubah perspektif aku bahawa pakar bedah tidak semuanya tidak berhati perut. paling manis, bertemu dengan doktor pakar kacak seperti pelakon korea yang mempunyai facebook dan seorang anak (erk perlukah?) tapi dia adalah kegilaan hampir separuh dari pelajar perempuan di kolej ini. haruskah mereka mengikut citarasa aku? cari doktor lain boleh kan? 

cukup sampai sini aku merepek hari ini. take care people!



Sunday 10 May 2009

::Happy Mother's Day::

di bawah atap zink separuh teguh dan separuh lagi berkarat, yang sepertinya malu-malu menaungi kelibat di bawahnya,

"mula-mula buang semua sisik. dua-dua belah. lepas tu baru buang semua sirip" terang si ibu.

"macam ni?"tanya si anak.

"ya. kasi bersih semua sisik tu. nda bagus di tengok anak dara buat kerja cincai*" tambah si ibu lagi. nyata, dia memang seorang yang mementingkan kesempurnaan dalam apa juga yang di lakukannya.

si anak tekun menyiang ikan tadi. teruja dengan satu kemahiran yang baru di pelajarinya, yang bakal menjadi bekalan sepanjang hayat. 

"bagian perut tu, buang semua isi. kasi hilang bau hanyir. baru cuci sampai bersih. dua kali" arah si ibu.

"siap!" sela si anak.

ilmu ini di perturunkan bertahun-tahun dulu. syukur, kerana hari ini aku tidak menangis di kala di suakan ikan untuk di siang atau terpinga-pinga tidak tahu yang mana harus di dahulukan, seperti yang diceritakan oleh seorang sahabatku. 

"jangan malu mau belajar. malu lagi kalau nda mau tanyak padahal nda tau" nasihat si ibu.

kenangan di atas ligat bermain semula di benakku tatkala sedang menyiang ikan di rumah sendiri, beribu batu terpisah dari ibu tersayang. homesick. 

ibuku tidak membekalkan aku dengan duit juta-juta mahupun pakaian serba mewah, tapi kemahiran hidup yang pastinya berguna untuk di aplikasikan dalam kehidupan seharian. dia mendidik aku untuk berdiri di kaki sendiri. im grateful for that. terima kasih ma..

selamat hari ibu all the way from pulau pinang to indonesia :)

cincai= tidak sempurna, semberonoh

with love,
si anak