Sunday 10 May 2009

::Happy Mother's Day::

di bawah atap zink separuh teguh dan separuh lagi berkarat, yang sepertinya malu-malu menaungi kelibat di bawahnya,

"mula-mula buang semua sisik. dua-dua belah. lepas tu baru buang semua sirip" terang si ibu.

"macam ni?"tanya si anak.

"ya. kasi bersih semua sisik tu. nda bagus di tengok anak dara buat kerja cincai*" tambah si ibu lagi. nyata, dia memang seorang yang mementingkan kesempurnaan dalam apa juga yang di lakukannya.

si anak tekun menyiang ikan tadi. teruja dengan satu kemahiran yang baru di pelajarinya, yang bakal menjadi bekalan sepanjang hayat. 

"bagian perut tu, buang semua isi. kasi hilang bau hanyir. baru cuci sampai bersih. dua kali" arah si ibu.

"siap!" sela si anak.

ilmu ini di perturunkan bertahun-tahun dulu. syukur, kerana hari ini aku tidak menangis di kala di suakan ikan untuk di siang atau terpinga-pinga tidak tahu yang mana harus di dahulukan, seperti yang diceritakan oleh seorang sahabatku. 

"jangan malu mau belajar. malu lagi kalau nda mau tanyak padahal nda tau" nasihat si ibu.

kenangan di atas ligat bermain semula di benakku tatkala sedang menyiang ikan di rumah sendiri, beribu batu terpisah dari ibu tersayang. homesick. 

ibuku tidak membekalkan aku dengan duit juta-juta mahupun pakaian serba mewah, tapi kemahiran hidup yang pastinya berguna untuk di aplikasikan dalam kehidupan seharian. dia mendidik aku untuk berdiri di kaki sendiri. im grateful for that. terima kasih ma..

selamat hari ibu all the way from pulau pinang to indonesia :)

cincai= tidak sempurna, semberonoh

with love,
si anak

1 comment:

~nareemwahkz you~ said...

kau bisa buat aku banjir d cni. aih~
happy mom's day to all moms in e world :)