salam sayang,
alhamdulillah, berjaya mengharungi dua bulan putaran perubatan dan pembedahan (medical and surgical rotations). bersesuaian dengan namanya, memang terasa dunia berputar, lebih-lebih lagi mendengarkan beberapa nama pakar bedah yang sinonim dengan ketidakramahan dan hobi mereka yang suka menengking pelajar di dalam wad.
jumaat lepas, tatkala semua jururawat jelita terkesima melihatkan aksi pakar bedah yang hampir-hampir melayangkan fail pesakit ke arahku, aku masih tersenyum. kawan-kawanku yang berada berhampiran kelihatan kaget. takut-takut fail itu benar-benar melayang. aku berdiri kaku. kalau di takdirkan aku masuk wad hari ini akibat pengsan terkena lontaran itu, aku rela. lagipun, pengalaman seperti ini tidak berlaku setiap hari. pesakit sendiri kelihatan terkejut. mujur, senyuman paling manis aku berikan kepada pakar bedah yang menjunjung sebiji bola rugby setiap hari (hari itu berwarna coklat, padan sekali dengan janggutnya yang berwarna putih keseluruhannya) nampaknya berjaya melembutkan hatinya lalu meletakkan fail itu semula.
pengalaman di usir seperti ayam, dimarahi di khalayak ramai, berdiri selama 5 jam tanpa henti, di tengking tanpa belas kasihan seolah-olah mereka tidak pernah bergelar pelajar, telinga di jamu dengan kata-kata nista, semuanya sudah menjadi sebahagian dari aku. dalam sehari, sekurang-kurangnya aku akan menerima 3 rejections. semua itu telah mejadikan hati aku yang lembut dan penyayang kepada hati batu. heh!
tetapi, tidak semua yang aku lalui pahit-pahit belaka. aku bersyukur kerana tenaga pengajar di hospital seberang jaya semua baik-baik belaka. dan itu menjadikan aku sangat kagum kepada mereka. mereka jugalah yang mengubah perspektif aku bahawa pakar bedah tidak semuanya tidak berhati perut. paling manis, bertemu dengan doktor pakar kacak seperti pelakon korea yang mempunyai facebook dan seorang anak (erk perlukah?) tapi dia adalah kegilaan hampir separuh dari pelajar perempuan di kolej ini. haruskah mereka mengikut citarasa aku? cari doktor lain boleh kan?
cukup sampai sini aku merepek hari ini. take care people!
No comments:
Post a Comment