pagi ini aku bangun awal. seawal ayam-ayam di sabah yang celik untuk berkokok nada nyaring agar bangkit manusia-manusia dari alas tidur untuk menyembah Penciptanya. bercantik-cantik dan menuju ke rumah sakit kerana dijadualkan ada pembelajaran tepi katil (bedside teaching) pada jam 8. kononnya.
jam 9. masih merayau di dalam wad hilang arah tuju.
jam 10. selesai mengintegorasi seorang pesakit berumur 30 tahun, kacak, belum berkahwin dan menghidapi ketumbuhan pada nasopharyx yang telah melebarkan empayar sel-sel jahat ke nodul limpa. kasihan.
masih hilang arah tuju.
jam 11. diberitahu pembelajaran tepi katil akan ditunda. hebat!
jam 11 lebih 30 minit. diberitahu untuk menunggu di luar klinik telinga, hidung dan tekak sehingga tuan tabib datang. hebat. hebat kuasa lima.
jam 12. tuan tabib menyeru kami masuk. berduyun-duyunlah kami menjadi pemerhati senyap. kaku.
jam 12 lebih 15 minit. tuan tabib minta diri. ada kecemasan kerana ada pesakit sedang bertarung dengan zakaratul maut.
hilang arah tuju kuasa lima lagi.
jam 12 lebih 30 minit. diberitahu bahawa tuan tabib akan berada di dalam dewan bedah sehingga jam 3. pembelajaran tepi katil akan di buat jam 3.
kali ini aku tidak hilang hala tuju. terus merembat beg galas dan menerobosi pintu keluar menuju ke kenderaan empat roda. destinasi kami pasti. rumah!
************************************
jam 3 lebih 30 minit. sesi perbincangan bersama tutor. hebat. sebab kami kena menjawab soalan yang anak tekak pasti loya mendengarkannya. hitung sendiri, soalan ini telah di tanya bertubi-tubi dari aku bergelar lepasan SPM sehingga hari ini. tidak salah aku, yang budak tadika pun pasti akan mendapat tanda 'raet' dan lima bintang jika memberi jawapan, pasti sudah lebih 25kali aku diajukan soalan yang sama.
"mengapa kamu mahu menjadi tabib?"
demi tuhan yang maha agung, aku memilih jalan ini kerana aku yakin, ini adalah jalan terbaik untuk aku memberi kepada makhluk serupa aku. manusia. walaupun pemberian aku mungkin bukan yang terbaik.
jika ditanya soalan seumpamanya lagi, aku akan angkat kaki. tidak akan berpaling.
***************************
jam 5 lebih 30 minit. usai jogging. aku sedang berjalan sambil menyedut oksigen dengan rakus buat mencuci darah agar bebas dari asid laktik. seorang lelaki, perut buncit dengan umbilicus terjojol ke bawah, berkaca mata bingkai emas, dengan rambut yang malu-malu untuk berwarna hitam, berbaju coklat jenama 'ayam kampung' tersenyum ke arahku. aku membalas dengan senyum kambing. kambing pun enggan mengaku jika melihat senyuman itu.
encik lelaki yang gatal, jika kamu tidak ada teman mahu menemani kamu berjalan, sila jangan ganggu aku.
encik lelaki yang gatal, sila jangan integorasi hal peribadi aku jika benar pun kamu seorang polis dahulu.
encik lelaki yang gatal, kamu bukan sedarah sedaging yang berbin jalil untuk melayakkan aku memanggil kau abang.
encik lelaki yang gatal, aku tidak perlu dan tidak ingin tahu hal salasilah keluarga kamu atau anak saudara kamu belajar di mana. tidak penting bagi aku.
encik lelaki yang gatal, sila hadkan aktiviti mengacau kamu kepada anak-anak dara orang kerana silap hari bulan, busuk jadinya. ini amaran keras. aku memang tidak cool.
p/s: sila kira berapa kali aku menggunakan 'hilang arah tuju' dan 'hilang hala tuju' di atas? itu pun kalau kamu tidak ada kerja dan sangat berkobar-kobar untuk scroll ke atas semula :D
yang geli-geleman,
jamieY
No comments:
Post a Comment